Sabtu, 24 September 2011

Pas masih junjung Ambiga

Hari ini Pas melalui Harakah cukup berbangga menyiarkan berita Ambiga menerima anugerah tertinggi dari Perancis.

Pas sudah lupa sejarah Salman Rusdi, Hasina Begum dan ramai lagi penerima anugerah yang mendapat kritikan Pas kerana anugerah diberikan kepada mereka yang anti Islam.

Sudahlah jangan lah berpura-pura menyokong Islam tetapi dalam masa yang sama menyokong pengerusi IFC yang mahukan kebebasan beragama dan mahukan anak-anak termasuk anak orang Islam hanya boleh ditentukan agamanya bila mencapai usia 18 tahun.

Sebelum PRU 12 Pas menentang Perlembagaan kononnya kerajaan BN meletakkan syarat menentukan agama hanya pada usia 18 tahun. Riuh semua surau dan masjid tok guru Pas mengutuk kerajaan yang ingin memurtadkan umat Islam.

Akhirnya Pas malu sendiri kerana mereka salah mentafsir perlembagaan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.