Rabu, 7 September 2011

PAS semakin kalut dalam isu komunis dan mengheret Rosli Dhoby pulak

Ini petikan dari Kitab bahlol Pas (harakah) . Pas semakin TERDESAK dengan isu PKM oleh Mat Sabu lali Pas mengheret isu lain seberapa yang boleh untuk memeningkan rakyat.

Kali ini Rosli Dhoby pula.

Wah , Bengong betul pengarang Harakah. Rosli Dhoby memang membunuh gabenor Bristish Sir Eward Duncan dalam satu pemeriksaan perbarisan.

Bezanya ialah yang mati ialah pegawai British dan bukan bangsanya sendiri. Rosli tidak membunuh seorang pun pegawai-pegawai Melayu atau bumiputra Sarawak yang bertugas dengan British.

Mat Indera nyata masuk PKM dan bunuh kaumnya sendiri, tak sama dengan Rosli Dhoby.

MIRI - “Jadi bagaimana pula dengan nasib Rosli Dhoby, adakah beliau juga dianggap pengkhianat negara kerana membunuh gabenor British?” tanya Timbalan Pesuruhjaya PAS Sarawak, Jofri Jaraiee. Beliau juga bertanya adakah mata-mata atau polis yang berjaya menangkap Rosli Dhoby boleh dianggap sebagai hero. Jelasnya, Rosli Dhoby merupakan seorang pejuang kemerdekaan Sarawak daripada penjajah British. “Beliau berketurunan Melanau. Rosli didapati bersalah menikam sampai mati Gabenor British Sarawak yang kedua, Sir Duncan Stewart dengan menggunakan pisau beracun di Sibu pada 3 Disember 1949,” jelasnya yang juga Yang Dipertua PAS Miri. Beliau berkata, faktor yang menyebabkan Rosli terpaksa mengakui tuduhan tersebut adalah atas permintaan ibunya yang telah diugut akan ditembak. “Fikir-fikirlah sendiri siapa yang kejam semasa zaman tersebut,” ujarnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini. Beliau sekali lagi menegaskan bahawa apa yang dimaksudkan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu bukan menyokong perjuangan komunis tetapi membela nasib perjuang kemerdekaan yang di anggap sebagai pengganas atau pemberontak. Justeru, katanya PAS Sarawak ingin memberi sedikit pandangan dan ulasan tentang sejarah sebelum kemerdekaan Malaya. Menurutnya, sebelum tanggal 31 Ogos 1957 Malaya masih lagi dijajah oleh British jadi sesiapa saja yang bekerja dengan British semasa zaman tersebut mesti patuh dengan arahan penjajah British sama ada mereka suka atau tidak kerana mereka telah diberi amanah untuk menjalankan tugas dan patuh pada arahan pemerintah British pada zaman tersebut. Jadi persoalannya sekarang, kata beliau adakah mereka yang mempertahankan kerajaan British pada zaman tersebut boleh dianggap sebagai hero mempertahankan tanah air atau mempertahankan kerajaan penjajah British. Tambahnya, adakah mereka dapat imbuhan atau penghargaan setelah pemerintah British meninggalkan Malaya. “Kita minta mereka yang pernah bertugas dengan pemerintah British dahulu fikir baik-baik mengapa mereka sanggup bermati-matian mempertahan pemerintahan penjajah British sehingga sanggup menangkap dan membunuh perjuang kemerdekaan selain komunis. “Kita juga pernah mendengar kerajaan BN pernah mengampunkan pengganas komunis yang menyerah diri dan memberi beberapa keistimewaan sekiranya mereka meninggalkan perjuangan mereka,” katanya lagi. Katanya, kemungkinan tidak mustahil ada di kalangan mereka dalam pemerintah sekarang walaupun mereka tidak mengangkat senjata tetapi ideologi mereka masih ada terpahat dalam hati mereka. “Kita minta para pengkaji sejarah kena perbetulkan kesilapan sejarah yang telah diresapi oleh unsur-unsur penjajah di mana para perjuang kemerdekaan dianggap pengkhianat dan mereka yang bekerja dengan pemerintah penjajah pula dianggap sebagai hero,” ujarnya. PAS juga, tambah beliau meminta para pengkaji sejarah menjalankan tugas mereka dengan jujur dan amanah agar rakyat tahu sejarah tanah air dengan sebenar dan tepat tanpa di pengaruhi oleh unsur-unsur politik perkauman dan sebagainya. Beliau menegaskan, PAS sama sekali tidak pernah merestui perjuangan komunis dan minta agar pemimpin BN jangan memutarbelitkan kenyataan Mohamad Sabu kononnya PAS menyokong komunis. - Harakah Daily

Jelas Pas semakin kacau dan pening dengan Isu PKM sokongan Mat Sabu. Pas semakin parah dan Mat Sabu adalah Timbalan Presiden Pas terakhir dan Pas akan berkubur dengan sendirinya.

16 ulasan:

  1. Mat sabu kemukakan bukti yang lemah mengikut kata pensyarah fakulti sains teknologi dan pembangunan insan universiti tun hussein onn jadi terpaksalah puak-puak pas ini mencari berbagai cerita lain pula untuk dijadikan modal bercakap bohong mereka,faham-faham sajalah perangai dan sifat pemimpin parti ajaran sesat ini cuma rakyat harus berhati-hati supaya tidak tertipu dengan dakyah mereka (dakyah komunis) kerana perjuangan pas sekarang mengikut cara komunis kerana mat sabu berkawan rapat dengan peminpin komunis.

    BalasPadam
  2. kacau yang semakin teruk ke tahap meroyan

    BalasPadam
  3. umno lagi bahaya dri komunis!!
    membenarkan PATI menjadi warganegara & kemudian dibenarkan mengundi!!
    komunis pon tak buat mcm ni!

    BalasPadam
  4. apa-apa aje lah meroyanke gila babi ke, rasa nya mereka ini gila babi kut, tapi jadi apa pun tak apa asalkan jangan jadi anjing suruhan dap sudah laa !

    BalasPadam
  5. kalo pas pis pus mempertikaikan rosli doby maka dia boleh mempertikaikan semua pahlawan melayu yang len termasuklah Dato Maharaja Lela.Dato Bahaman,Mat Kilau,Tok Janggut dan yang lain lain lagi sebab mereka semua bunuh pegawai British.Pe le bangang pun pesuruh jaya pas.Jangan jadi pak turut.Tapi ye le kan Mat Sabu tu org no 2 pas...... kena le dia ikut.....

    BalasPadam
  6. mat sabu memang macam tu...dalam satu ceramah di kampung saya semasa DSAI dalam UMNO dia mengatakan kaki perempuan ( habis bini orang ditibainya ) bila dah bersekongkol lain pulak cakapnya

    BalasPadam
  7. Sabu ni satu hal lah tapi yang PELIK bin AJIAB tu, yang percaya pada Sabu ni..

    Kesian...kena tipu hidup hidup. Macam Sabu juga tak membaca, kalau baca pun tu lah HARAKAH je yang mereka tahu. Ish Ish Ish...apa sangatlah dengan HARAKAH mereka tu, 2 x 5 je dengan Sabu and geng, kaki goreng.

    BalasPadam
  8. nak cover silap sendiri, habis suku sakat mat sabu spin mcm2 cerita. umno bg kerakyatanlah, umno itulah, umno inilah. samdol, ko ingat yg kerja imigresen ni ko ingat semua umno ke? berapa bnyk staff gomen yg pro pembangkang? jgn main tuduh2 bro, letih nk mintak maap dosa fitnah ni. sebenarnya yg silap besar tu mat sabu, biarlah dia settle sendiri. korang x payah buang karan buat mcm2 cerita yg takde bukti. kalau ada bukti, buat repot polis umno pejadah dptkan undi pendatang. senang je kan. setakat ini ada mana2 samdol pembangkang buat laporan polis ke, laporan sprm ke pasal ni? takde kan! su agung pas pun dh ckp lain pasal ni, korang tak hormat korang punya su agung pas ke? mat sabu yg cetus kontroversi, biar dia sendiri settle. tengok kredibeliti dia nk selesai masalah. ini ujian dia sebagai pemimpin no 2 pas. kalau lulus, barulah mantop!!! yg lain tak pyh buat kerja budus tak tentu pasal, busukkan pas je.

    BalasPadam
  9. Siapa yang mengatakan Rosli Dhobi sebagai pengianat dan pemberontak, kamek orang Sarawak akan saman mereka. cilaka punya mat sabun, itulah kalau selalu main sabun kotepun dah naik kecut.

    BalasPadam
  10. sekolah bertingkat2 tapi bangangnya juga bertingkat2 juga, tahun 1950 tanah melayu tuannya inggeris, 1957 merdeka, peristiwa bukit kepong 1950, jadi komunis lawan inggeris....yg naik syekh umno....heren...atau umno ajen british...tak dak isu pun....banyak isu lagi umno oiiii.... warga asing sedang menakluk msia, org melayu bertambah miskin kesan kegawatan ekonomi, remaja melayu semakin teruk sahsiahnya, murtad membiak2, tanah kerajaan makin banyak dibeli cina.....org melayu tinggal k/pi tanah melayu, dan baju melayu aje....umno masih nak berkepung dgn british lg...umno!umno!

    BalasPadam
  11. tanpa nama 3:46,

    Anda Pas? Patut lah bongok!

    Baca lah artikel yang lain dalam blog ini baru lah fahamm tidak lah bercakap macam penyu

    BalasPadam
  12. Melayu bukan tinggal keretapi tanah melayu dan baju melayu sahaja anda sebenarnya bangang tak tahu apa kerana anda penyokong pas itu sebab jadi bengong faham bengong, sebenarnya orang pas bukan orang melayu bukan kami kata nik aziz terumpah kayu yang kata,itulah banyak sangat dengar ceramah dan baca harakah sekarang dah jadi bengong, sebenarnya ada satu lagi nama melayu "ASKAR MELAYU " yang akan mempertahankan hak melayu bukan pasatau pkr yang nak pertahankan negara ini faham lembu

    BalasPadam
  13. betul melayu perkasa..tinggal askar melayu...ada satulagi melayu Taiping Mali yg bongok....burung tekukur umno

    BalasPadam
  14. betul melayu perkasa..tinggal askar melayu...ada satulagi melayu Taiping Mali yg bongok....burung tekukur umno ( kenapa emosi sangat , cuba bagi hujah yg bernas, awak ni cakap macam mat sabu jer)

    BalasPadam