Rabu, 7 September 2011

Puteri buat laporan tentang pelakon video lucah

Selepas MAGARAN menghantar memorandum kepada Agong supaya satu Suruhanjaya diraja di tubuhkan untuk menyiasat lelaki mirip Anwar dalam video lucah kini satu lagi laporan polis terhadap Anwar. Mampos kering laa Anwar jinggay


SUNGAI PETANI - Pergerakan Puteri UMNO hari ini membuat laporan polis terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan meminta menyiasat laporan palsu yang dibuat oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berhubung isu video seks pada Mac lalu.
Puteri UMNO turut meminta Jabatan Peguam Negara menjalankan pendakwaan terhadap wakil rakyat itu kerana jelas mengemukakan suatu laporan polis tidak benar.
Laporan dibuat oleh Naib Ketua pergerakan itu, Shahanim Mohd. Yusof di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda di sini.
Shahanim berkata, pihaknya memohon polis bertindak terhadap Anwar kerana mempermainkan undang-undang dengan membuat laporan palsu di IPD Dang Wangi pada 22 Mac lalu.
"Kita memandang serius laporan palsu oleh beliau di IPD Dang Wangi pada Mac lalu berhubung video seks. Ini kerana seperti yang diketahui umum, Anwar tidak pernah mengemukakan laporan dakwaan fitnah terhadap Datuk Shazryl Eskay Abdullah mengatakan video itu tidak benar," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Tambah Shahanim, Peguam Negara juga perlu mengambil tindakan undang-undang terhadap Anwar yang melakukan kesalahan jenayah.
Beliau turut memberikan contoh dalam kes Abdullah Ambek (Criminal Trial No. 13, 1983) yang didakwa ke mahkamah dan dijatuhi hukuman selepas didapati bersalah membuat laporan palsu.

Masak lah Anwar Ibrahim......

3 ulasan:

  1. buat la 4000 repot pun...takkan jadi apa2. menteri dalam negeri penakut. cakap warning jer boleh

    wujudkan kementerian amaran!! kahkahkah

    lu lawak la sham

    BalasPadam
  2. cheh berani kau kutuk menteri aku penakut tapi berhemah bijaksana..itu menunjukkan isham seorg yg cool tidak terburu2 mcm msabu.

    BalasPadam
  3. Nampak nya saudara yang membuat komen pertama marah sangat dekat menteri dalam negeri, sebbenae nya bukan anda seorang yang marah malah seluruh binatang-binatang dibumi malaysia ini juga marah dan benci dengan sikap menteri yang lemah ini, hamba sendiri telah beberapa kali menulis didalam blog supaya menteri ini ditukarkan tetapi nampak nya perdana menteri sendiri pun penakut sama mscam hishammudin juga.apa nak buat nasib rakyat malaysia dapat penimpin penakut dil to pagal hai.

    BalasPadam