Isnin, 17 Oktober 2011

Bank Dunia tak perlu kacau Universiti Malaya


Tulisan Leslie Liu  dalam Malaysian Insider hari ini benar-benar membuatkan TM tersentak. Ia seolah-olah kejatuhan rating dunia Universiti Malaya (UM) adalah disebabkan campur tangan politik dan meletakkan bangsa Melayu adalah punca segala masalah.

Leslie menyalahkan kemasukan pelajar Melayu yang tidak mencapai tahap menyebabkan nama UM tercemar diperingkat dunia. 

By Leslie Lau Executive Editor Malaysian Insider
KUALA LUMPUR, Oct 17 — A World Bank publication has found that standards at Universiti Malaya have fallen and the institution has been kept at a disadvantage because of race-based admission quotas and political interference in university management. 
Leslie atau Bank Dunia tidak perlulah menjadikan UM sebagai sasaran baru untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional, UM telah banyak berjasa kepada negara dan bangsa Melayu. Lagi pun UM adalah universiti awam yang terulung dinegara. Ia bukan univerisiti swasta. Kalau nak buat penilaian atau rating pergilah ke tempat lain.

Lihat sahaja UiTM yang tidak bersaing dalam rating dunia tetapi telah banyak menerima anugerah pencapaian terbaik dari pelbagai negara.

Kemasukan pelajar Melayu di Uitm dan UM adalah sama ia itu anak-anak Melayu diberi kouta untuk memasuki universiiti dengan kelayakan yang minima.

Ini sudah termaktub dalam perlembagaan iaitu dalam perkara 'Hak-Hak Istimewa Orang Melayu' Artikel 153 perlembagaan persekutuan yang tidak boleh diubah. Antaranya ia menyebut tentang peluang dan hak belajar bagi orang Melayu seperti di bawah;

Peruntukan biasiswa-Peruntukan biasiswa atau bantuan yang lebih banyak untuk kepada penuntut-penuntut Melayu daripada penuntut-penuntut bukan Melayu.

Masalah kemerosotan rating dunia di UM adalah disebabkan campur tangan politik oleh parti pembangkang seperti Pkr,  Pas, Dap dan sikap pensyarah UM sendiri.

Parti Pas sudah berzaman menghasut pelajar supaya banyak berpolitik dan menentang kerajaan, maka lahirlah pejuang sayap kiri yang kononnya menuntut keadilan dan kebebasan bersuara.

Akta Auku yang diperkenalkan oleh kementerian juga cuba diruntuhkan oleh tangan-tangan jahat dari parti pembangkang.  

Sudah ramai pelajar UM yang dibuang kerana terlalu banyak berpolitik dan terlibat dengan demontrasi jalanan sejak tahun 70an lagi, dan mereka yang dibuang adalah anak-anak Melayu yang terpedaya dengan gerakan bawah tanah parti-parti pembangkang.

Cuba lihat pula berapa kerat pelajar bukan melayu yang terpedaya dengan gerakan-gerakan negatif ini? Mereka yang berjaya masuk UM akan menumpukan kepada pengajian mereka dan akhirnya selepas tamat pengajian mereka mendapat kelulusan yang sangat baik dan pinjaman ptptn bertukar menjadi biasiswa.

Anak Melayu yang terlalu aktif dengan gerakan pelajar serta politik dapat apa? Bagaimana pencapaian mereka?

Akhir kata, Malaysian Insider dan Bank Dunia tak perlulah sibuk dengan rating tetapi kalau nak bantu supaya rating UM naik , boleh lah bagi kunsultusi kepada pelajar terutama pelajar Melayu agar belajar bersungguh-sungguh untuk menaikan rating dunia, nasihatkan kepada pelajar agar jangan berpolitik.

Nasihat juga kepada pensyarah-pensyarah dari JIM, Ikram supaya jangan menghasut pelajar supaya anti kerajaan. Semua warga pendidik di UM perlu memberi labih motivasi kepada pencapaian dan kemajuan UM.



Tiada ulasan:

Catat Komen