Isnin, 17 Oktober 2011

Pencen askar RM 120, berapa pula pencen Manjungmari?

hensem oooo manjungmari dolu2
Tadi baru dedahkan kisah Pas Perak membantu 7 balu tentera di Taiping yang menerima pencen suami hanya R120 sebulan. Suami mati kerana kemalangan jalanraya.

Komen pembaca pula menyebut mungkin askar tersebut ada isteri lain yang juga berhak ke atas pencen suami. [ boleh jadi juga].

Bila sebut bab pencen askar, TM teringat dua orang saudara mara TM yang juga bergelar askar pencen, seorang berada di Manjung dan seorang berada di Sungai Petani.

Di Manjung bukan Manjungmari tetapi namanya Man [ bukan nama sebenar] . Beliau ni dah lama pencen dari TLDM.

Dulu masa dia dok dalam Navy Base selalu juga TM bawa anak bini masuk ke sana, maklumlah seronok shopping di Pernama. Kini setelah pencen Man menjadi kontraktor pemborong, apa juga kerja dan projek dia sapu. Hidup boleh tahan lah...tak lah pakai kereta proton saga cabuk.

Sorang lagi ialah dok di Sg Petani, yang ni lagi hebat. Lepas pencen dia buat bisnes juga. Kini mampu beli rumah yang semi-de dan memiliki Alphard, Hilux dan beberapa buah lagi kereta lain. Sekarang isteri dia pula dok buat kursus peralihan sebab nak pencen juga.

Timbul pula persoalan, berapa pula pencen blogger Manjungmari? Manjungmari bekas laskar TLDM yang hebat mengutuk bekas majikan nya dahulu. Kini setelah pencen dari TLDM Manjungmari masih lagi bekerja di dalam base sebagai pekerja awam.

Agaknya dia pun dapat pencen RM120 juga sebab tu lah dia terpaksa bekerja lagi walaupun sudah pencen. Difahamkan Manjungmari akan pencen kali kedua pada usia 55, kira-kira 5 tahun lagi.

Selepas pencen kali kedua nanti TM harap agar Manjungmari dapat hidup selesa sebagai seorang pesara dan jangan segan lah untuk berusaha menjadi seorang usahawan berjaya.

Kalau nak pinjaman duit Tekun atau lain-lain modal permulaan jangan segan untuk berjumpa TM. Nak jadi kontraktor pengimpot kapal selam pun TM boleh tolong dia. Kesian tengok kalau-kalau Manjungmari hidup sengkek diusia emas.