Isnin, 17 Oktober 2011

Projek Kutip Dana PRU Pemuda Pas Larut di PJU Selangor.

1 undi untuk Pas = 2 undi untuk Kapir Harbi

Apakah agenda Pemuda Pas Larut melancarkan dana bantuan di Kota Damansara, PJU Selangor. Jarak antara Selama dengan Kota Damansara ialah 300km . Kenapa tidak dibuat di Larut sahaja?

Jawapannya mudah, kerana hendak menutup pekung yang busuk dan hanyir. Mereka sebelum ini sudah pun banyak membuat kutipan kononnya untuk membantu orang miskin tetapi ia hanyalah pembohongan semata-mata .  Ada cerita menarik bab ini dan akan didedahkan kemudian hari.


Satu lagi ialah projek membina markaz Pas di Titi Kasai dan di Batu 14 Batu Kurau. Sehingga kini tidak nampak sebatang tiang pun yang ditegakkan oleh mereka, manakala tapak di Kpg Titi Kasai  tapak yang telah diwartakan oleh Pas sebagai markaz kini telah menjadi rumah orang.


PAS kawasan Larut sekali lagi mencatatkan sejarah tersendiri apabila Berjaya menganjurkan satu program yang besar iaitu “Pelancaran bantuan Dana Fakir miskin Parlimen Larut, pelancaran ini diadakan di perkarangan Masjid Kota Damansara, Seksyen 5, Selangor dan dirasmikan oleh Presiden PAS, Tuan Guru Dato’ Seri Hj. Abd Hadi Awang.

Menurut Ketua Pemuda PAS Larut, Ustaz Mohd Nazri Din. dana ini adalah bagi memenuhi keperluan penduduk Miskin di kawasan Larut yang dianggarkan hampir dua ribu orang. “kami amat berbesar hati sekiranya usaha suci murni kami ini dapat diterjemahkan oleh pihak tuan-tuan dan puan-puan sekelian”. Tambah beliau lagi pada majlis tersebut.
Wang yang bakal dikutip oleh mereka sebenarnya untuk perbelanjaan PRU 13 bukan untuk membantu fakir miskin. Kutipan juga sudah berjalan di setiap masjid yang mana AJK nya dikuasai oleh Pas melalui rampasan kuasa sekitar tahun 1999 dan semasa mereka menang dalam PRU 12 yang lalu.

Nazri Mat Din calon Parlimen Larut,  Dr Dahari calon Adun Kubu Gajah kelihatan hadir sama di Kota Damansara untuk projek mereka. Yang tidak kelihatan ialah Dr Mohd Nor Manuty calon Adun Batu Kurau.  Nampaknya Us. Mohd Akmal Kamaruddin gigit jari lagi.

Percaturan politik Pas kini hebat. Mohd Nor Manuty juga dijangka akan bertanding dikerusi parlimen samada Parit Buntar atau Bagan Serai atau Kuala Kangsar. Manakala Idham Lim yang berkrisis teruk dengan Mujahid Yusof dalam dilema kerana kemungkinan disingkirkan oleh Pas Perak.