Isnin, 28 November 2011

Bob Lokman pun dah ada akaun twitter



Semenjak jadi orang politik dan melabelkan dirinya pendakwah, bekas penulis lirik dan palakon Bob Lokman sudah mula menggunakan media sosial twitter dan facebook untuk memudahkan beliau berinteraksi dengan pengikutnya.


Mungkin Bob tidak sedar bahawa twitter dan facebook juga adalah agenda Barat yang ditentang oleh Bob, hairan juga kenapa hari ini Bob sanggup menggunakan aplikasi yang diasaskan oleh barat yang amat dibencinya.

Tidakkah twitter dan facebook sama seperti Ilmu Alam dan Ilmu Hisab yang pernah dicemoh oleh beliau? 

Tahniah lah Bob Lokman, tetapi betul kah kamu pendakwah atau balaci pecacai PAS. Kalau ikut gaya dan cara percakapan kamu memang tak ada langsung ciri ciri seorang pendakwah tetap pendakwa adalah.

Semua orang tak betul kecuali dia sahaja dan orang Pas sahaja yng betul. Tindakan Bob menghina artis artIs lain dalam caramah beliau juga menggambarkan beliau masih jauh untuk bergelar pendakwah.

This screen shot has been taken with ScreenShot - A product by S4BB Limited: http://s4bb.com/screenshot