Isnin, 19 Disember 2011

Skim Gaji SBPA boleh menyebabkan BN kalah dalam PRU 13

Apa yang TM perhatikan isu skim gaji baru telah mendapat bantahan daripada persatuan-persatuan sekerja yang bernaung di bawah CUEPACS.  Kakitangan kerajaan seramai 1.7 juta dan jika dicampur dengan anak isteri mereka ia memberi impak yang besar terhadap keputusan PRU 13.

Sebelum ini kita rasa rimas dengan rasa tidak puas hati kakitangan MAS apabila syarikat itu digabungkan dengan Air Asia. Media meramalkan BN akan kehilangan 40 undi jika isu ini berpanjangan.

Datuk Omar Presiden Cuepacs dalam sidang medianya minggu lepas nampak benar-benar kecewa kerana JPA tidak menjemput Cuepacs dalam rundingan bagi merangka sistem gaji  terbaru.

Cuepacs mendakwa setengah-setengah jabatan kerajaan sudah meminta kakitangannya untuk membuat pilihan. Minggu ini mungkin sudah ramai yang menurunkan  tanda tangan untuk bersetuju untuk menerima skim gaji baru ini.

Di kalangan guru-guru sekolah nampaknya skim gaji terbaru diterima baik, sudah banyak guru-guru menyatakan persetujuan mereka untuk menerima skim gaji ini. [ bagaimana esok TM akan buat survey dari kalangan warga pendidik untuk melihat reaksi mereka]


Cuepacs juga menyebut skim gaji baru merugikan pekerja peringkat bawahan dengan kenaikan yang kecil. Mahfuz Omar pula dalam blognya tidak bersetuju dengan cadangan kerajaan di peringkat JUSA A dan JUSA C.

Kita tidak mahu skim gaji baru ini menjadi pembunuh secara senyap kepada kerajaan. Walaupun kerajaan memberi bonus , memberi bantuan persekolahan, baucer buku teks, bantuan rakyat RM  500 kepada ketua keluarga yang berpendapatan bawah RM 3000.

Akan tetapi jika salah perhitungan dalam skim gaji baru ini, kakitangan kerajaan akan merana dan menyesal dan akibatnya mereka akan mengundi pembangkang.

Sebelum ini dalam kongres PKR di Johor, wakil MTUC Selangor telah mengkritik hebat sistem gaji baru ini.

Hairan kenapa pihak Cuepacs tidak dijemput untuk duduk semeja dalam merangka sistem gaji baru. Apakah ini satu cubaan untuk menjatuhkan kerajaan dari dalam?

Sila layari blog ini untuk maklumat lebih detail dalam rasa tidak puas hati pihak pekerja
 http://cuepacs.blogspot.com/



bersambung/.....

2 ulasan:

  1. Najib perlu segera berjumpa CUEPACS............jangan situasi hjg 2007 diulangi......betapa CUEPACS terpaksa 'menghemoihkan' diri untuk meminta BONUS 2007.....dan betapa 'sombongnya' Pak Lah tidak melayan CUEPACS itu......hinggalah PRU 2008!!!

    BalasPadam
  2. Dulu Pak lelah buat hal..tak bagi bonus. tunggu punya tunggu last-last habuk tak dak...

    La ni jangan Tuk Najib buat hal sudahlah....tjangan terlalu percayakan mereka yang berjawatan tinggi dalam perkhidmatan awam...ada antaranya nak kenakan Tuk Najib.!!!

    Jaga-jaga!!!

    BalasPadam