Isnin, 9 Januari 2012

Selepas Anwar bebas dari tuduhan meliwat

Mohamad Zabidin menyatakan mahkamah tidak dapat memastikan 100 peratus bahawa integriti sampel DNA tidak terusik. "Saya mendapati adalah tidak selamat untuk bergantung kepada bukti DNA. Justeru, mahkamah hanya ada keterangan Saiful. "Oleh kerana ini adalah jenayah seksual, mahkamah keberatan untuk menyabitkan berdasarkan keterangan Saiful. Tertuduh oleh itu dibebas dan dilepaskan," katanya.

Pihak pendakwaan yang diketuai Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusuf Zainal Abiden, ketika ditemui, berkata mereka belum memutuskan sama ada akan membuat rayuan terhadap keputusan dan berkata, mereka ada 10 hari untuk berbuat demikian.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

2 ulasan:

  1. Anuar brahi akan kata keputusan ini tidak adil dan kerajaan BN yang minta dia dibebaskan.

    Sebelum ni, sibuk dia dan puak nya sibuk dok jaja dan mengkritik sistem Kehakiman negara dengan mengatakan ianya tempang serta sebagainya.

    Now...apa lagi yang dia nak cakap? Adakah keputusan mahkamah itu tidak adil? Adakah sistem kehakiman Negara masih tempang?...kesian dia termalu sendiri tapi muka jenis tembuk cam nuar dan keluarga nya bukan tau malu punnn...

    BalasPadam
  2. Sesuatu keputusan yg mengejutkan, walau apa pun itu hak hakim utk memutuskan tanpa terikat sesuatu sbb. Mungkin barisan pendakwaan rasa sedih dan terkilan dan masih boleh utk rsyuan kes dlm tempoh 10 hari. Pada si anwar anda terlepas bebas ari ni, jd ambik peluang dan ruang ini utk perbaiki diri, krn krputusan mahkamah manusia, mahkamah Allah adalah seadil2nya. Kerana bukan ada lawyer utk pertahankan dan mulut anda juga terkunci. Yg bercakap adalah bahagian tubuh anda yg melakukannya, jd disana tiada lagi ayat fitnah dan konspirasi lagi. Oleh itu, pintu taubat masih terbuka utk baiki diri dari segala kesilapan dan kesalahan yg dibuat selama ini. Bertaubatlkah semasa masih ada waktu yg terluang ini. Tq

    BalasPadam