Jumaat, 3 Februari 2012

Jabatan Perhutanan menyita balak haram di bagan matau




Uploaded by ThePerakToday on Feb 2, 2012

Mengulas kegiatan pencerobohan tanah kerajaan di kawasan Air Sama Gagah yang membabitkan keluasan kira-kira 60 hektar, Zambry berkata, kerajaan negeri menyerahkan kes itu kepada Jabatan Perhutanan untuk mengambil tindakan sewajarnya.

Tegasnya, nilai kayu-kayan yang ditebang itu dianggarkan RM270,000 dan membabitkan kira-kira 708 batang kayu dari jenis chapca, iaitu bukan bernilai tinggi.

"Kegiatan penceroobohan ini berlaku di luar kawasan Royal Belum tetapi ia merupakan kawasan hutan pengeluaran Air Sama Gagah yang terletak bersempadan dengan Thailand.

"Syarikat yang diberi konsesi menebang balak ini telah bertindak menceroboh kawasan hutan seluas 60 hektar, sekaligus melanggar peraturan permit yang telah ditetapkan oleh Jabatan Perhutanan ," katanya lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, Zambry berkata, selain pemantauan daratan, Jabatan Perhutanan juga diberi peruntukan khas untuk membuat pemeriksaan melalui imej satelit dan udara.

Sementara itu, Roslan berkata, pihaknya telah menyita balak yang dilonggokkan di bagan matau itu dan mendapati tiada berlaku pencerobohan Hutan Simpan Gunung Lang.

"Kebenaran menebang telah diberikan kepada syarikat ini pada Ogos tahun lalu dan dijangka berakhir pada 15 Februari ini.

"Tetapi syarikat ini telah melanggar Seksyen 15, Akta Perhutanan Negara 1984 kerana melakukan kegiatan menceroboh tanah kerajaan.

"Jika sabit kesalahan, denda RM500,000 dan penjara satu tahun," kata Roslan sambil menegaskan pihaknya mengesan kegiatan itu pada Disember lalu.