Jumaat, 3 Februari 2012

Hebat Orang Pas sekarang, tak pandang Datsun Tonggek lagi

Lihat lah orang Pas hari ini, bukan seperti pemimpin Pas 20  atau 30 tahun dahulu. Kini mereka semua kaya dan hidup mewah. Garaj kereta pun ada yang beratap genting dan boleh susun 5 - 10 buah kereta jenis mewah.

Kes di bawah pun hebat, kalau tak jutawan mana boleh duduk rumah teres 2 tingkat yang harga sangat mahal.

Dalam ceramah sedap mulut mengutuk pemimpin BN yang kaya raya tetapi rakyat hidup miskin. Allah maha kaya, Allah tunjukkan kepada rakyat tentang pembohongan pemimpin Pas yang selama ini kononnya hidup seperti rakyat biasa. Tak ada kereta mewah dan tak ada rumah besar yang harga beratus ribu.
Nah!!! Tuhan tunjukkan kepada rakyat betapa kuatnya pembohongan Pas.

JOHOR BAHRU, 3 Feb: Sebuah kereta BMW milik Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Dzulkefly Ahmad serta tingkat bawah rumahnya di Taman Universiti, di sini hangus terbakar dalam satu kejadian yang dipercayai perbuatan khianat, awal pagi ini. Dzulkefly ketika dihubungi Harakahdaily berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 3.40 pagi sewaktu beliau dengan enam anggota keluarganya sedang nyenyak tidur di tingkat atas.

"Ketika itu kami semua sedang tidur. Tiba-tiba terdengar satu letupan kuat. Saya kejut isteri dan saya lihat enjin kereta BMW terbakar dan ada api di tingkat bawah rumah."Tida k lama kemudian satu lagi letupan kuat berlaku. Kami kejut semua anggota keluarga dan buat keputusan untuk keluar ke pintu belakang dan terus menghubungi pihak bomba," katanya.

Menurutnya, pihak bomba yang tiba kira-kira beberapa minit kemudian berjaya memadamkan api daripada terus marak.Eko ran kebakaran itu kereta BMW miliknya itu keseluruhannya hangus manakala bahagian ruang tamu tingkat bawah juga turut terbakar. "BMW keseluruhannya hangus, sebuah lagi kereta Camry yang diletak di sebelahnya, separuh terbakar tapi saya rasa masih boleh dibaiki. "Bagaimanapun saya bersyukur sebab tiada kemalangan jiwa berlaku," katanya sambil memaklumkan telah membuat laporan polis.

Polis dan unit forensik dari Balai Polis Impian Mas yang datang sejurus kemudian telah menemui satu tong di hadapan rumah mangsa yang dipercayai digunakan untuk mengisi minyak petrol. Sementara itu, Mazlan Aliman dalam respons segeranya memberitahu, beliau tidak menolak kemungkinan kejadian itu adalah cubaan membunuh. "Badan Perhubungan PAS Johor dukacita dengan insiden ini.


"Saya mengesyaki ini cubaan membunuh, bukan perbuatan khianat biasa lagi ni. Nasib baik Haji Dzul dan keluarga sempat melarikan diri," katanya yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri itu. Dzulkefly sebelum ini menurut Mazlan, banyak mendedahkan isu-isu panas di negeri Johor dan dikhuatiri ada pihak yang tidak senang dengan tindakan beliau. Sehubungan itu, beliau yang turut bergegas ke tempat kejadian awal pagi tadi mendesak pihak polis menjalankan siasatan terperinci agar pihak bertanggungjawab dapat dibawa ke muka pengadilan. "Kita yakin dengan kepakaran pihak polis, dan kita harap polis menjalankan siasatan terperinci," katanya.

Satu lagi, pemimpin Pas suka susun bini, bila cerai tuntut juta-juta harta sepencarian.