Selasa, 3 April 2012

Nizar Jamaluddin menyalahkan Dr Zambry pula.




Notis dalam tempoh 21 hari bermula pada 23 Mac meminta peneroka bandar atau setinggan India mengosongkan tapak rumah yang mereka duduk di Kg Simpang Halt,Taiping.
DS Nizar menjelaskan kerajaan Pakatan Rakyat semasa beliau MB telah memberi tapak rumah kepada penduduk yang telah meneroka tanah kerajaan puluhan tahun.
DS Nizar melihat dokumen seorang penduduk yang bapanya telah meminta hak milik tanah yang diduduki sejak tahun 1961 lagi.
SIMPANG HALT- DS Nizar pada 31 Mac lalu bertemu peneroka bandar(setinggan) Kg Simpang Halt,Taiping .Sebanyak 11 keluarga berketurunan India telah menerima notis mengosongkan tanah yang diduduki mereka sejak 50 tahun lalu.dari Pejabat Tanah LMS,Taiping.

Nizar meminta penduduk membentuk jawatankuasa bertindak untuk menangani masalah mereka.Menurut DS Nizar,semasa kerajaan Pakatan Rakyat memerintah Perak,kerajaan memberi hak milik kepada penduduk yang telah meneroka tanah kerajaan puluhan tahun.

"Kerajaan Pakatan Rakyat,akan beri tanah kepada penduduk yang berhak' kata DS Nizar.

Dalam ucapannya DS Nizar menyatakan isu ini lebih ke arah politik,mengugut penduduk pada saat menghadapi pilihanraya."MIC ,ugut penduduk tak sokong kasi tanah,kemudian undi BN ,baru dapat tanah" dakwa DS Nizar.

Kebanyakan rumah didiami banyak keluarga. Ada yang mempunyai 4 buah keluarga dalam sebuah rumah.Tapi kini mereka menanti saat untuk dihambat keluar.

MIC langsung tidak membantu.

Sementara itu DS Nizar,meminta penduduk mengundi Pakatan Rakyat dalam PRU13 ini,untuk menjaga kebajikan mereka.

Rujuk blog ini SISIBUKIT