Jumaat, 11 Mei 2012

Seminar Bijak Belajar Tahun 6 Zon Kamunting




KAMUNTING 10 Mei – Seramai 200 orang murid Tahun 6 dari 17 buah sekolah rendah sekitar zon Kamunting telah berkampung  sehari di Komplek Rakan Muda Taiping untuk mengikuti Seminar Bijak Belajar

Program ini khusus untuk murid-murid kategori cemerlang sebagai persediaan untuk menghadapi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah yang akan diadakan pada bulan September akan datang. Program ini dipengerusikan oleh En Abdul Aziz Ahmad Guru Besar SK Kamunting.

3 ahli akademik daripada IPG Ipoh telah dijemput untuk menyampaikan ceramah, mereka ialah Dr Kartina Abd Mutalib [PhD] yang memberi ceramah mengenai Sains,  En Mohd Yusri Junus memberikan ceramah mengenai Bahasa Inggeris dan ceramah motivasi disampaikan oleh penceramah terkenal di portal pendidikan Utusan Malaysia iaitu Dr Ismail Zain [Phd] yang menyampaikan ceramah motivasi kepada murid-murid dan juga ibubapa yang turut hadir pada sesi petang.

Majlis penutup disempurnakan oleh Adun Kamunting yang juga Exco Pelajaran Negeri Perak iaitu YB Dato Mohammad Zahir Dato Khalid.  Turut hadir dalam majlis perasmian penutupan ialah En Khairol Anuar Khalid Penolong PPD Akademik dan  Tuan Hj Md Radzi Ismail Penyelia Kanan Sekolah Rendah dari Pejabat Pelajaran Daerah Larut, Matang dan Selama.