Jumaat, 29 Jun 2012

Fathul Bari dan Ridhuan Tee jadi punching bag oleh tentera ahzab di Kelantan,

Malam tadi TM mengikuti video penuh satu wacana bertajuk PRU 13, Ancaman kepada Islam.

Wakil Pas Dr Fadzli dengan angkuhnya bercakap tentang parti Pas yang semua betul dan Umno yang semuanya salah.

Sepatutnya beliau tak perlu menghentam Umno, cukup setakat membicarakan ancaman terhadap Islam seperti isu murtad, isu Dap nak jadikan negara ini sebagai negara Kristian dan PM adalah Kristian. Ancaman Syiah yang ingin menguasai negara dan kini sudah berada dalam Pas dan juga dalam pentadbiran kerajaan.

Panels juga patut menyentuh isu murtad di DUMC, isu larangan azan, isu tulisan jawi yang dimainkan oleh Adun Teresa Kok, isu penggunaan khalimah Allah yang ditutut oleh Gereja St Herald.

Ancaman -ancaman ini boleh dikupas dan dibincangkan dengan baik. Pas melalui Dr Padzli telah mengeret isu muzakarah Umno Pas, isu lebuhraya rakyat, isu stadium isu yang disentuh tak releven langsung dengan tajuk.

Moderator dari TV 9 juga tak pasal2 menyentuh isu Royalty minyak yang tak ada kena mengena dengan tajuk.

Kalau beginilah sikap tentera ahzab Pas tak perlu diadakan wacana dimasa depan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.