Khamis, 19 Julai 2012

Krisis Air Bakal Jahanamkan Ekonomi Selangor

Tidak berapa lama dulu Kulim Hi-Tech Industrial Park (KHTP) di Kedah pernah di timpa dengan masalah bekalan air bersih yang pada peringkat awalnya menyebabkan banyak pelabur menanggung kerugian kerana terpaksa menghentikan operasi kilang mereka secara berkala.

Apabila masalah bekalan air bersih masih berterusan disebabkan sikap sambil lewa kerajaan PAS Kedah, akhirnya para pelabur mengambil keputusan drastik menutup operasi masing-masing menyebabkan beratus-ratus pekerja hilang mata pencarian.

Sedangkan sejak KHTP dibangunkan pada 1996, sekurang-kurangnya RM23 bilion nilai pelaburan asing berjaya dibawa masuk sekaligus membantu meningkatkan aktiviti ekonomi negeri dan rakyat.

Namun setelah pembangkang (PAS) mengambil alih kerajaan negeri, kawasan industri tersebut mula layu disebabkan ketidak mampuan kerajaan negeri mengurus tadbir dengan baik termasuklah gagal menyelenggara bekalan air untuk kegunaan kilang-kilang di kawasan tersebut.

Semacam sudah menjadi badi di kalangan pemimpin Pakatan Pembangkang apabila diberi peluang memerintah negeri, mereka akan menjadi seperti 'tikus membaiki labu', mengubah itu ini sesuka hati konon atas sebab untuk penjimatan atau tambah baik perkhidmatan, tapi akhirnya bukan kebaikan yang diperolehi sebaliknya banyak mengundang bala dan menjahanamkan.

Apa yang terjadi di KHTP tidak mustahil bakal berulang di Selangor kerana polisi dan dasar kerajaan negeri Selangor hampir sama dengan kerajaan Kedah - gemar mengubah perancangan asal pembangunan kemudian banyak beretorik bermain politik tanpa mengambil kira kesannya pada rakyat dan ekonomi.

Apabila MB Selangor, Khalid Ibrahim dari PKR secara rasmi dua tahun lalu menolak pelaksanaan projek Loji Rawatan Air Sungai Langat 2 (langat 2) dengan alasan untuk penstrukturkan semula bekalan air bersih, kesan negatifnya kini sedikit demi sedikit mula terasa.

Para pelabur mula menjauhkan diri, yang mana sudah bersetuju sebelum ini untuk membina kilang operasi mereka, kini masing-masing mengambil keputusan samada membatalkan atau menangguh kan dulu pelaburan kerana ragu dengan sistem bekalan air di negeri ini.

Angka terkini menunjukkan Selangor telah kehilangan sekurang-kurangnya 138 syarikat swasta dan pelabur asing dengan nilai pelaburan berbilion RM dan sepatutnya mampu menawarkan peluang pekerjaan kepada 12,000 orang.

Mudah untuk Khalid Ibrahim ataupun pemimpin pakatan pembangkang yang lain berkata projek Langat 2 atas alasan bekalan air mentah mencukupi sehingga tahun 2019.

Tapi, kilang mana yang sanggup menggunakan bekalan air mentah dari lombong atau sungai untuk menjalankan operasi kilang mereka?

Isu sekarang bukannya soal air mentah masih memenuhi empangan atau sungai, sebaliknya isu sekarang ialah bekalan air bersih yang telah dirawat untuk kegunaan rakyat dan kilang-kilang.

projek Langat 2 bukan sekadar tambahan satu loji baru yang akan meningkatkan kapasiti pengeluaran air bersih untuk disalurkan kepada pengguna di seluruh Lembah Klang, ia juga satu perancangan jangka masa panjang yang berkait rapat dengan kehidupan rakyat dan pembangunan ekonomi Selangor.

Tapi, perkara sebegini sukar difahami oleh pemimpin-pemimpin negeri yang lebih selesa beretorik mencipta polemik politik.

Mereka hanya nampak banyak air di empangan tapi gagal memahami isu asas yakni sebahagian besar loji rawatan air sudah beroperasi melampaui kemampuan sebenar. Mahu tidak mahu, loji rawatan air yang baru tetap diperlukan dan penyelesaian jangka masa panjangnya ialah Langat 2.

Namun disebabkan Khalid Ibrahim terasa terlebih cerdik, tanpa berfikir panjang ditolaknya pembangunan loji rawatan air yang baru di Sungai Langat. Dua tahun berdolak dalik gagal mencari penyelesaian, masuk angin keluar asap.

Kesannya nanti sekiranya krisis air mula meluas ke seluruh Lembah Klang, bukan sahaja ekonomi Selangor akan jahanam, silap-silap pelabur asing pun akan menjauhi Malaysia.

3 ulasan:

  1. Biasalah... Bila MB bodoh... Ahli Parlimen pun bodoh... Rakyat diperbodohkan... Inilah petanda PRU 13 nanti BN akan kuasai semula Selangor... Kerajaan PR tidak cekap mentadbir kerajaan negeri,.

    BalasPadam
  2. Tuan admin krisis air sebenarnya bukannya akn menjahnamkan ekonomi Selangor tapi akan mejahnamkan sisa-sisa UMNO/BN di Selangor.Kami rakyat Selangor bukannya bodoh bahawa kononya krisis air disebabakan oleh kerajaan negeri tetapi sudah jelas disebabkan oleh kegagagalan Syabas menunaikan amanahnya sebagai pembekal yg dilantik.Air mentah diempangan melimpah ruah,hujan tiap2 hari sampi air kena buang.Tapi yg peliknya UMNO/BN dgn Syabas bersungguh2 nak buat empangan dipahang untuk bawa ait mentah ke Selangor.Kerja2 merawat dan membekal air bersih adalah kerja kontraktor.Kalau itu tak boleh dibuat lebih baik di ganti dgn kontraktor baru.Bagi kami nampak sangat mereka ni cuba nak memperbodoh kami.

    BalasPadam
  3. ala bang sya bukan nak cakap apa saya suka BM selangor sekarang at lease saya x bayar bil air n bil letrik pun skit jer. skrang ni saya kat chenor, pahang negeri PM kita lahir keadaan air ya allah warnanya kuning kekadang putih samapi keluar aspa bila buka paip. dah dua tahun kat situ rasa hina sekali. kerajaan BN kat situ dah lebih 30 memerintah sampai adunnya yang baru Dato Tan Aminuddin yg baru meninggal pun keadaan ttp sama. bagi kawan BN ker PR ke biarla ikhlas buat kerja nanti kat sana kawan ckp inilah orgnya yg x sempurnakkan tanggungjawab sebagai wakil pemerintah

    BalasPadam