Isnin, 13 Ogos 2012

Dr Maszlee Malik : Dap bukan kafir harbi



Maszlee MalikMalaysiakiniOgos 12 2012
Saya ingin merujuk kepada kenyataan Abdullah Samaah yang dikeluarkan oleh Utusan Malaysia berkaitan haram menyokong DAP kerana mereka merupakan kafir harbi.
Istilah kafir harbi merupakan istilah fiqh yang membawa konotasi suasana zaman perang di antara wilayah Islam di zaman dahulu dengan negara musuh.
Kafir harbi adalah merujuk kepada negara musuh yang berperang dengan Muslim di mana darah mereka adalah halal ditumpahkan kerana ianya di dalam suasana perang, di mana kafir harbi itu sendiri berusaha membunuh umat Islam.
Kafir harbi adalah wajib diperangi di peringkat negara di atas dasar peperangan.
Di zaman ini, warga atau rakyat bukan Islam yang tinggal bersama umat Islam tidak dikira sebagai kafir harbi. Malah pengklafikasian harbi atau dhimmi yang digunakan oleh ulama klasik telah diperbaiki oleh ulama moden, memandangkan negara-negara moden mempunyai konsep kewargenegaraan yang memberikan hak dan tanggungjawab yang saksama di antara Muslim dan bukan Islam.
Pengkelasan Abdullah Sama’ah bahawa DAP adalah kafir Harbi adalah tidak tepat sama sekali, malah membahayakan. Beliau seolah-olah memberikan lampu hijau untuk umat Islam memerangi parti DAP dan membunuh ahli-ahli dan kepimpinannya.
Bahkan di dalam DAP terdapat juga di kalangan pemimpin dan juga ahli mereka yang Muslim. ‘Fatwa’ Abdullah yang direstui oleh Utusan itu juga memberikan konotasi bahawa umat Islam di Malaysia sekarang hidup dalam suasana peperangan dan permusuhan dengan rakyat bukan Islam.
‘Fatwa’ liar dan membahayakan seperti ini perlu dibendung. Majlis Fatwa Kebangsaan perlu berani menegur beliau dan juga Utusan kerana mencetuskan provokasi yang berkemungkinan akan membuka jalan bagi para ekstrimis bangsa dan golongan subversif untuk menumpahkan darah ahli-ahli DAP.
Saya menggesa agar pihak keselamatan segera menahan Abdullah dan membuat siasatan terhadap kenyataannya yang berbau ekstrimisme dan boleh menyemarakkan api perkauman sekaligus menggerakkan para penggganas di atas nama Islam untuk bangkit melancarkan jihad membunuh ahli-ahli DAP.
Sudah tentu kita tidak mahukan pertumpahan darah berlaku di antara kaum di Malaysia. Tindakan perlu diambil ke atas Abdullah.
Pihak media, terutamanya Utusan Malaysia sepatutnya lebih peka dengan laporan mereka. Mereka hendaklah tidak menjadi agen kekacauan dan ketegangan kaum, sebaliknya sepatutnya menjadi agen keharmonian dan perpaduan kaum.
Mengeluarkan tajuk berita utama di muka hadapan seperti yang telah berlaku hanya akan membuka ruang kepada pelampau perkauman untuk menghalalkan darah ahli-ahli DAP di atas nama jihad. Ini perlu dielakkan demi menjaga kesejahteraan negara Malaysia yang kita cintai bersama.
——————————————————————————–
Dr Maszlee Malik merupakan seorang pensyarah di UIAM.

Pensyarah UIAM yang pernah menyanggah tindakan Dr Hassan Ali keluar Pas dan menempelak Hasan Ali agar berdakwah di Hard  Rock Cafe' sekali lagi mendedahkan belang dan mazhab beliau dalam Malaysiakini.

Semenjak kemunculan beliau sebagai moderator dalam debat di Karangkraf namanya semakin dikenali dan semakin disayangi oleh Pas, Dap,  Pkr dan sehingga beliau mendapat tempat dihati Malaysiakini.

Walaupun berijazah Phd , namun kewarasan dan kemasinan beliau dalam dunia politik nampaknya masih tipis. beliau mudah terpengaruh dengan ikhwan muslim dan golongan pembangkang.

Mungkin kerana usia masih muda dan kurang memahami sejarah politik tanah air maka pemikirannya samalah dengan anak-anak muda yang memuji Anwar Ibrahim sebagai menteri kewangan terbaik dunia dan Nik Aziz adalah menteri besar terbaik dalam Malaysia.

Apa pun Maszlee perlu lebih masa untuk belajar dan mengkaji sejarah dan mendengar pendapat pelbagai pihak untuk menjadikan beliau lebih matang dalam berhujah dan matang dalam pemikiran. Apa yang ada dalam minda beliau adalah apa yang dipelajari dari barat. kalau biru yang masuk, biru lah yang dicakapnya. kalau kelabu masuk , kelabu lah yang diutarakannya.

Maszlee masih lagi dijajah mindanya dan bersikap paronoid. Dont worry doktor, anda perlu lebih masa untuk memahami bahawa Dap adalah kafir harbi yang perlu ditolak oleh Islam di Malaysia. Kalau doktor seorang Syiah mungkin saudara akan bersama mereka yang menentang kerajaan hari ini.


9 ulasan:

  1. Salam Bro,DR.Maszlee ni bangang ke gila ? Pemimpin PAS pun keluarkan fatwa yang bukan-bukan tapi tak pernah dikomen,kenapa?Dah terang-terang DAP tu menentang Islam,itu nak dibelanya juga,aku pun tak faham jenis manusia apa Dr.Maszlee ni?

    BalasPadam
  2. Abisss, siapa yang kafir harbi? Kau??

    BalasPadam
  3. Cuba tanya dia yang MUSLIM dalam DAP tu ikut turut serta dengan KARPAL ke?? Menentang HUDUD??

    BalasPadam
  4. HUDUD TIDAK AKAN DILAKSANAKAN DI MALAYSIA...klu ucapan begini diucapkan adakah ia juga kafir harbi.walaupun dia beragama islam..>>..
    adakali orang islam itu sendiri tidak menerima hudud sebagai undang-undang Mereka hanya merisaukan bangsa lain yang tidak dapat menerima Hudud ini...lapangkan dada di bulan ramadhan ini agar kita dapat menerima hudud sebagai undang-undung negara bukan atas politik..cotohilah seorang adun umnno di johor yang mahu mencadangkan laksanakan hudud dilaksanakan...

    BalasPadam
  5. KafIR TU yang bukan Islam..samada harbi ataudhimmi [pandai2lah bezakan. AkanTetapi yang ngaku Islam namun menolak hukum Allah..jelas adik beradik dgn MUNAFIK..Lebih bahaya dari kafir dhimmi.[wajar dihantuk kepa[amereka sendiri kedinding]wallahuwa'lam

    BalasPadam
  6. sekadar pandangan....
    Pakatan Rakyat dikatakan mendokong keadilan tetapi semasa Dr Maszlee Malik, seorang moderator mengendalikan debat di Sinar, beliau seorang yang berat sebelah. Penganjur Sinar Harian juga besar pembohongnya. Ketika perdebatan, giliran penceramah membuat rumusan di berikan kepada group dia supaya ia boleh menghentam penceramah BN tanpa balas balik. Dulu penulis selalu mengikuti debat sinar, tetapi ia sudah menjadi pentas yang berat sebelah. Penceramah UMNO/BN tidak perlu layan dengan jemputan Sinar, lebih lebih lagi bila dikendalikan mamat ini. Cuba perhatikan video debat Sinar. DS Najib mesti mengelakkan pentas Sinar ini. Bukan takut tetapi tidak adil.
    ikhlas dari
    nasirwise.blogspot.com

    BalasPadam
  7. sokong pandangan nasirwise ttg debat Sinar Harian. Mmg ada unsur bias pembangkang. Dlm debat UFB, pembngkng kena 'basuh'. Tahniah pd UFB. Pegang pd kebenaran. Tak perlu takut biarpun dlm kwsan musuh.

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum. Izinkan diri ini mencelah, baik, saya ada melihat komen2 yg mngatakan bahawa sistem dalam debat anjuran Sinar Harian merupakan berat sebelah kpd pembangkang. Baik, jika ini dikatakan betul jadi boleh jua saya katakan bahawa RTM, TV3, NTV7, TV9, Astro, Utusan Malaysia, Berita Harian, juga terlalu berat sebelah dalam menyampaikan laporan berita berbanding Sinar Harian yg melaporkn laporan sesuatu isu dari kedua-dua belah pihak supaya pembaca boleh bandingkan siapa yg berkata benar. Oleh itu, spatutnya tidak ada isu berat sebelah dlm Sistem Debat Sinar Harian padahal lebih 50 tahun lebih media arus perdana yg merupakan media utama Rakyat telah dikawal sepenuhnya oleh Kerajaan. Tidak percaya, cubalah lihat media2 tersebut, adakah ia memberikan ruang utk pihak pembangkang utk mengulas dlm sesuatu isu. yang ada, serang. Org jahil yg masih x nampak benda sebrgini.

    BalasPadam
  9. saya sokong dr mazle,bukan berat sebelah cuma pikiran kita terlalu berat sebelah, boleh lihat bicara rakyat RTM bagaimana bicara yang dikatakan untuk rakyat,

    BalasPadam