Rabu, 31 Oktober 2012

Taiping Aman Jaya ?

Blog yang tengah panas di Taiping, Ia menceritakan jamuan raya korban Dato Malik  berbincang nak  jatuhkan Dato Shalimin. 

Ramai yang menghubungi Taipingmali bertanyakan tentang blog Taiping Aman Jaya.  Blog politik milik Pas Taiping ( orangni blogspot) telah pun meletakkan link diblognya dan tak pasai-pasai mengaitkan dengan nama taipingmali.

Pada Isnin lepas hanya terdapat 2 posting, tetapi hari ini dah tinggal satu. Paling syok ialah dalam ayat di bawah ada menyebut "kami ada video" kalau ada elok lah di siarkan di youtube, biar semua orang tengok , apa nak sorok dan apa nak takut.

Taipingmali pun nak tengok, Shalimin dan Zahir pun nak tengok juga, bahkan Dr Zambry dan Muhyiddin pun berminat nak tengok.

Bagaimanapun esok taipingmali akan cuba menghubungi 5 nama yang disebut di atas untuk mencari penjelasan.

Taipingmali juga akan berjumpa dengan Dato Malik untuk minta penjelasan beliau.[ jika beliau ada di dalam kawasan].

Bila dah dapat maklumat yang sebenar dari 6 individu di atas barulah boleh sahkan siapa pemilik blog ini.