Selasa, 4 Disember 2012

Bediuzaman Said Nursi

Hari ini Taipingmali menghadiri satu jemputan ke konferen pemikiran Said Nursi di International Institute of Advanced Islamic Studies di Jalan Ilmu, Kuala Lumpur.

Konferen yang ulung kali diadakan di negara ini adalah hasil usaha dua penggerak utama iaitu Professor Dr Mohammad Hashim Kamali (Founding Chairman and CEO, IAIS Malaysia dan Professor Dr Faris Kaya (President of Istanbul Foundation for Science and Culture Turkey dan Malaysia Turkey Cultural Association (MTCA).

Speaker yang hadir untuk membentangkan pemikiran Said Nursi ialah;

  1. Professor Dr Colin Turner dan Mrs Mahshid Colin Turner (Durham University, UK)
  2. Professor Dr Yunus Cengel (Adnan Menderes University, Turkey)
  3. Professor Dato Dr Zulkifli Hj Mohd Yusoff dan Ms Betania Kartika Muflih ( University of Malaya)
  4. Professor Dr Muhammad Sirozi ( State Institute for Islamic Studies Palembang)
  5. Associate Professor Dr Ismail Latif Hacinebioglu (Suleyman Demirel University Turkey
  6. Associate Professor Dr Hj Fadhlullah Jamil (USM Malaysia)
  7. Associate Professor Dr Saim Kayadibi (IIUM Malaysia)
  8. Dr Mohammad Farid Ali ( Research Fellow, IAIS Malaysia)
Di Malaysia Bediuzzaman Said Nursi (Turki) tidak dikenali umum berbanding Hassan al-Bana yang menggerakan Islam brotherhood atau lebih dikenali sebagai gerakan Ikhwan Muslimin di Mesir.

Di Barat, Bediuzzaman Said Nursi sangat popular dan pemikirannya menjadi topik penting dalam pengajian ke peringkat doktor falsafah. 

Siapa Said Nursi? Jom lihat video berikut;


Tiada ulasan:

Catat Komen