Ahad, 27 Januari 2013

Pas Taiping akan buat majlis puja roh komunis Selasa depan

kepala komunis pun Pas bela
Pecacai komunis pun Pas nak bela

Pas semakin kalut dengan isu kalimah Allah dan isu tanah di Kelantan yang diserahkan kepada Ngeh dan Nga Dap Perak sebagai galang ganti pelantikan Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak ke 10. Pelbagai isu yang kini telah menjahanamkan Pas.

Justeru, untuk mengalih isu yang melanda Pas, maka satu perhimpunan membela pecacai Chin Peng komunis akan diadakan oleh Pas pada hari Selasa ini di Tapak Pasar Malam Kamunting Perak.

Adakah ini agenda Mat Sabu? Mat Sabu dilihat hari ini kalau berceramah mesti mengangkat Lim Guan Eng. Sudah banyak tempat beliau berceramah hampir kesemua isi ucapannya ialah mengagung-agungkan dan pengipas bontot Lim Guan Eng. Mat Sabu sudah tidak lagi bercakap soal tabung memali, soal menubuhkan negara Islam, soal mempertahankan kalimah Allah. Dalam kepala otak nya hanya satu iaitu Lim Guan Eng.

Kita semua tahu kerana sokongan dan bantuan Dap lah Mat Sabu berjaya menjadi Naib Presiden Pas. Kini Mat Sabu adalah anak emas kerajaan Pulau Pinang.

TM menyeru kepada bekas-bekas perajurit, bekas polis dan lain-lain NGO supaya  membantah program yang akan dibuat oleh Pas. Kalau boleh sama-sama membuat demo di Pasar Malam Kamunting. Wahai Dato Fauzi Saari calon MP Pas Larut! Apa kah tindakan Pas membela komunis yang membunuh isteri-isteri dan anak-anak polis ini betul?