Sabtu, 2 Februari 2013

018/02/13- KERABAT: AGENDA GILA MAZLAN ALIMAN

Kebajikan Rangkaian Bekas Angkatan Tentera Malaysia (Kerabat) yang ditubuhkan oleh Pas untuk meraih undi bekas-bekas tentera dalam PRU 13.

Kerabat mula ditubuhkan pada September 2011 selepas mendapat mandat daripada Muktamar Pas pada bulan Ogos 2011.

Kerabat diketuai oleh Leftenan Kolonel (B) Mohd Nazari Mokhtar yang berasal dari Johor dan difahamkan sampai sekarang masih belum berdaftar dengan ROS.

Kerabat merupakan NGO yang ditubuhkan di bawah ANAK ( Mazlan Aliman ) bertujuan untuk menuntut 30%  tanah seluas 24 ribu ekar yang akan diserahkan oleh kerajaan Pakatan kepada ANAK yang bakal memperoleh tanah seluas 80 ribu ekar jika Pakatan berjaya menawan Putrajaya.

Kalau di congak secara bodoh, jika seorang tentera dapat 20 ekar didarab dengan 300 ribu bekas tentera maka  tanah yang diperlukan ialah 6 juta ekar atau lebih kurang  24, 282 km2. 

Pahang mempunyai keluasan 36,137 km2 dan kalau dilayan tuntutan ANAK maka lebih separuh keluasan negeri Pahang terpaksa diberikan kepada Mazlan Aliman.  Sedangkan Anak hanya menuntut 80 ribu ekar.. macam mana nak bahagikan kepada peneroka ( Anak) dan Kerabat? 

Satu lagi persoalan ialah, kata Presiden Kerabat, pemberian tanah tersebut adalah bidang kuasa kerajaan negeri, oleh itu kenapa perlu tunggu kerajaan pakatan merampas Putrajaya dahulu baru nak laksanakan tuntutan Anak dan Kerabat. 

Sekarang pembangkang telah memerintah 4 negeri, apa kata setiap negeri memperuntukan 20 ribu ekar dan 4 negeri akan berjumlah 80 ribu ekar. Tak payah lah nak tunggu pakatan tawan Putrajaya. Sekarang lah masanya 4 negeri pakatan menunaikan tuntutan mereka.

Mengenai rebat air dan elektrik air, sekarang pun 4 kerajaan negeri boleh melaksana kan rebat ini. Apa susah, kumpul nama semua askar yang berpencen dan tidak berpencen di empat negeri dan setiap dari mereka buka akaun bank dan setiap bulan 4 negeri ini memberi elaun RM 1000 sebulan kepada setiap ahli . 

Senang kan? Tak payah tunggu lama-lama......