![]() |
Jika dilihat banner di atas ia melibatkan parti Pas sahaja dan tidak melibatkan Dap dan Pkr. Apakah agenda tersembunyi Pas, apa Pas mahu mensabotaj Pkr dan Dap?
Kita tahu Hadi Awang bercita-cita untuk menjadi perdana menteri dan dalam masa yang sama Anwar telah menguar-uarkan bahawa dia adalah Perdana Menteri ke 7. Lim Kit Siang juga ingin merealisasikan impian LKY 1965 untuk tujuan yang sama.
Sekarang musim kawan bunuh kawan ke tiga-tiga ekor manusia ini inginkan kuasa untuk merompak harta rakyat seperti mana yang berlaku di empat negeri pentadbiran mereka.
Perompak selalunya tidak mengaku mereka merompak sebaliknya menuding jari kepada orang lain, itu prinsip pembangkang yang mengambil meniru perangai pencuri.
Pencuri getah beku yang ditangkap polis tak akan mengaku dia mencuri walaupun belakang basikal penuh dengan getah beku, kena penampar Jepun pun dia tak akan mengaku.
Apa pun program ini betul-betul mencabar kementerian pelajaran. Cikgu-cikgu yang menyokong Pas akan berduyung-duyung menyerbu Dewan MBSA tanpa rasa bersalah dan tanpa rasa takut untuk diambil tindakan.
Pada perhimpunan bersih 3.0 dan perhimpunan shamsidar pun ramai guru dari seluruh negara sanggup turun ke ibu kota, bagi mereka kehadiran mereka adalah jihad. Mereka sanggup menerima apa jua tindakan oleh jabatan.
![]() |
Berbangga bersama pemimpin Pas |
![]() |
Topi merah bercermin mata adalah guru yang berani mencabar Fuad Zarkashi |
Sebelum Perhimpunan Shamsidar pada 12 Januari 2013 lalu, Timbalan Menteri Pelajar YB Dr Fuad telah memberi amaran agar warga pendidik tidak menyertai perhimpunan tersebut yang diadakan di Stadium Merdeka tetapi terdapat beberapa kerat yang berani mengingkari arahan tersebut.
tiada tindakana tatatertib pun berani diambil?
BalasPadamtidak semua guru menyokong pr,ramai guru2 dr sekolah sy yg menyokong bn,jd jgn samakn kami dgn guru yg didlm gambar tu,ustaz di sekolah sy pun kuat menyokong umno
BalasPadamApa peliknya jika DAP masih belum menerima Islam dan segala hukum hakamnya sepertimana MCA dan MIC yang juga berkeadaan begitu. Bukankah yang peliknya mengapakah Umno yang bermajoriti Melayu/Islam masih tidak menerima Islam sebagai sistem hidup yang syumul dan sanggup pula dalam banyak keadaan menghina Islam dan hukum-hakamnya. Siapa yang hina hukum hudud, DAP atau Umno? Siapakah yang luluskan lesen judi , DAP atau Umno? Siapakah Osu Sukam yang berjudi di luar Negara dan berhutang jutaan ringgit. Adakah beliau DAP atau Umno? Dan senarainya cukup panjang untuk dikongsi di ruang terhad ini.
BalasPadamBenarkan DAP mengancam kepentingan Melayu? Apakah peruntukkan dalam Perlembagaan yang menyentuh kepentingan Melayu yang DAP kacau dan ganggu gugat? Adakah DAP atau Umno yang ganggu gugat kedudukan Bahasa Melayu di dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan apabila kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dirombak melalui PPSMI?
Siapakah yang gagal jaga tanah rezab Melayu yang dijamin oleh Perlembagaan, Dap atau Umno? Siapakah yang hancurkan Bank Bumiputra yang diilhamkan untuk menjaga kepentingan Melayu? Siapakah yang enggan tambah kerusi Parlimen dan Dun di negeri Kelantan dan Trengganu sekaligus boleh menambah kerusi orang melayu semasa persempadanan semula kawasan pilihanraya dibuat, DAP atau Umno? Siapakah yang mendera ekonomi majoriti rakyat Melayu/Islam di Terengganu dan kini Kelantan apabila wang royalti pertroleum dirompak di siang hari tanpa sekelumit rasa bersalah.