Isnin, 18 Mac 2013

Kerana Projek IC Umno lah , Nizar Jamaluddin lahir di Malaysia



Nizar Jamaluddin mantan menteri besar perak ke 10 yang paling singkat dalam sejarah negara sekali lah mengeluarkan pendapat yang tidak matang.

Kemungkinan besar beliau jadi begitu ialah kerana tahap pendidikan yang diterima dari awal hingga ke universiti adalah dalam aliran Inggeris.



Zaman itu pelajaran tawarikh atau history bukan pelajaran wajib bagi pelajar tingkatan 4 dan 5. Peringkat rendah ia mengagung akan tokoh-tokoh barat, dan subjek Form 1 hingga Form 3 juga bukan lah seperti hari ini yang banyak menyentuh sejarah negara.

Di peringkat Universiti pula Nizar belajar di Barat..negeri orang putih yang pernah menjajah negara kita. Hidup kebaratan Nizar menyebabkan beliau lupa sejarah negara. Apa yang penuh dalam kepala beliau hanyalah doktrin Pas kerana sepanjang pengajian beliau di sana, kegiatan politik Pas berkembang pesat melalui usrah dan kegiatan yang berlindung atas nama Islam.

Kehadiran pemimpin Pas yang kerap turun ke barat sedikit sebanyak berjaya merubah pemikiran mereka menjadi radikal dan gemar kepada menentang kerajaan.

Pada hal Nizar harus ingat kehadiran beliau ke United Kingdom adalah hasil biasiswa kerajaan Malaysia dan bukan hasil wang ringgit kerajaan Pas. Tidak ada sekelumit pun jasa Pas yang membawa Nizar ke kota London.

Produk sekolah Pas hanya terdapat di kampung-kampung sahaja, setakat menjual kitab, menjual ayam di pasar malam dan sebagainya. Produk Pas tidak pergi jauh ke mana pun, jika ada yang ke Kaherah , Jordan atau Syria, mereka gemar menjadi militan upahan dan pengembang ajaran Syiah di tanah air.

Boleh dikatakan hanya produk Umno seperti Nizar sahaja yang berjaya, produk Pas hanya berjaya melahirkan perusuh jalanan yang menterbalikkan kereta polis, membakar kereta DBKL, memukul polis sehingga masuk ICU. Itu lah produk Pas.

Kerajaan Umno telah kerugian jutaan ringgit dalam menjaga Nizar dari dalam perut ibunya sehinggakan beliau ditatang dan dibawa ke London untuk memperolehi segulung ijazah dengan harapan sekembalinya beliau ke Malaysia akan menjadi satu produk yang berjaya kepada negara dan bangsa.

Nizar sekembalinya di Malaysia tidak menganggur lama, kerana ketika itu tenaga kerja amat berkurangan, beliau berjaya menjawat jawatan kerajaan sebagai jurutera di Jabatan Kerja Raya. Sehingga beliau berhenti kerja dengan kerajaan beliau berjaya menjadi usahawan dan mendapat kontrak juataan ringgit dalam dan diluar negera.

Akan tetapi tahap kecintaannya terhadap parti Pas semakin menebal, kebencian beliau kepada kerajaan yang berjasa kepada beliau juga semakin menebal. Akhirnya beliau menjadi funder kepada program Pas dan puncak penglibatan beliau ialah berjaya menjadi Menteri Besar Perak Ke 10.

Walaupun parti Pas hanya memenangi 6 kerusi Dun, berbanding Umno 27, Dap 18 dan Pkr 7 kerusi. Oleh kerana Nizar lah satu-satunya individu yang berkelulusan tinggi maka beliau dipilih menjadi menteri besar Perak.

Dap Perak telah memprotes dan sehingga Karpal ingin mencabar di mahkamah kerana Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak tidak membenarkan bukan melayu dan bukan Islam menjadi menteri besar. Maka wujudkan usaha Dap untuk memboikot majlis angkat sumpah Nizar sebagai menteri besar.

Akan tetapi setelah rundingan demi rundingan antara Pas Perak dengan Pas Kelantan, akhirnya sebagai tukar ganti dan berdamai, kerajaan Kelantan telah menyerahkan sejumlah besar tanah milik perbadanan Islam Kelantan kepada Dap Perak untuk menutup mulut mereka dan mengizinkan Nizar menjadi menteri besar Perak.

Berbalik kepada projek IC yang disebut oleh Nizar dalam petikan di atas, Nizar lupa untuk meletakkan kesalahan kepada Tunku Abdul Rahman, Tunku lah orang yang bertanggung jawab dalam projek IC, jutaan pendatang dari Tanah Besar China, India, Sri Lanka dan negara-negara lain diberi kad pengenalan dan status mereka bertukar daripada menjadi warganegara British Colony kepada Warganegara Tanah Melayu dan kini selepas 1963 menjadi warganegara Malaysia.

Jika tidak dengan jasa Tunku Abdul Rahman sudah tentu Nizar tidak lahir dan menjadi rakyat Malaysia. Nizar mungkin bernama Ngeh Nee Yong dan menjadi rakyat salah satu province di tanah besar China.

Ini benar kerana ibu Nizar adalah keturunan cina yang berhijrah dari tanah besar cina dan memperolehi kad pengenalan yang diberikan oleh Tunku.

Akhir kata macam ini lah wahai Dato Seri Nizar, kalau nak bercakap, fikir lah masak-masak, jangan main belasah sahaja. Sudah jadi ketentuan Allah bahawa Malaysia ini akan menjadi sebuah negara yang penduduknya berbilang kaum, majmuk dan seperti yang dikatakan oleh Dato Seri Najib , kita blend menjadi satu bangsa, satu negara yang dapat hidup dalam suasana harmoni dan membangun akan negara supaya Malaysia menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020.

Tak gitu Dato Seri?

5 ulasan:

  1. Betui betuii Bro.tepat sekali ulasan Bro tu...sekolah rendah tu,Nizar belajar sejarah dr buku buku sekolah yg di tulis dan di luluskan oleh kerajaan pembangkang mase tu.sekolah rendah Nizar sekolah Melayu tp bila sekolah menengah,Nizar blajar di aliran inggeris yg di wujud kan oleh kerajaan pembangkang juga.

    Abang Nizar pon ade jd org kuat parti kita Umno ni Bro,Bro tak tau ke? kalo nenek nye tak tak dapat ic,dia pon tak dapat jadi ahli parti kita kan Bro.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Berita zaman bile u, masih lagi mengaku MB Perak yang sah, muka tak tau malu betul.
      Nak sangat MB Perak sampai 'sedekah' tanah kat DAP, puak PAS ni tak malu ke?

      Padam
  2. "Terlalu banyak pengkhianatan UMNO selama 56 tahun memerintah."

    Ewah...cakap tak tengok keliling. Woi pukimak PAS. banyak pengkhianatan kamu walau baru 11 bulan pegang kuasa macam mana?

    BalasPadam
  3. Penyokong dia x tahu semua ni...

    BalasPadam
  4. Sayang UMNO, Sayang Najib.
    Jasa Mahathir kepada UMNO dan Malaysia pun geng-geng korang boleh lupa camtu je.
    Apalah sangat jasa Najib kalau nak dibandingkan dengan Mahathir.
    Memang aku tak suka Mahathir, tapi harus aku akui yang dia berjasa banyak kepada Malaysia.
    Najib bagi apa?
    Nilai wang yang rendah, derma 2.6 billion dan bangla yang bersepah.
    Dulu korang kutuk si Nizar pengkhianat ni atas nama PAS.
    Sekarang, Nizar dah berambus dari PAS, Najib pulak dengan rasuah keliling.
    Macai always be a macai.

    BalasPadam