Isnin, 15 April 2013

CALON-CALON BN IALAH…


.
Posted: 5:26 pm, April 15, 2013 by posto1122

Jamhariah Coral melaporkan

WATIKAH untuk setiap calon Barisan Nasional (BN) sudah diserahkan kepada setiap Pengerusi Negeri, banyak kejutan akan apabila 33 peratus muka baru akan disenaraikan bagi kerusi Parlimen da 49 peratus bagi kerusi Dewan Undangan Negeri,

Banyak tokoh yang dianggap ‘giant’ tidak berada dalam senarai, ramai antaranya telah membuat pengumuman awal kerana menyedari sudah tiba masanya untuk mereka memberi laluan kepada muka baru dan ada pula yang tahu sekiranya bertanding, sejarah lama akan menghantui mereka… jadi ramai memilih untuk berundur secara terhormati.

Antara yang berundur secara terhormat ialah Ketua Pergerakan Wanita Umno, Datuk Seri Sharizat Jalil, yang insaf walaupun projek Ladang NFC bukan salahnya, namanya isu ‘lembu’ boleh membawa bahana bukan saja pada parti, bahkan diri sendiri jika bertanding. Tapi lebih nyata, kekalahannya di Parlimen Lembah Pantai kepada anak Anwar Ibrahim, Nurul Izzah, dijangka dapat ditebus Datuk Raja Nong Chik.

Bekas wanita besi, Tan Sri Rafidah Aziz, Presiden MCA, DS Chua Soi Lek dan Presiden Gerakan, Tan Sri Khoo Soo Koon, Pengerusi SPAD, DS Syed Hamid Albar antara terawal membuat pengumuman akan memberi laluan kepada baru.

Walaupun tidak gemar membuat ramalan berdasar ‘dengar khabar’… ramai ahli politik veteran yang berpengaruh tidak berada dalam senarai. Walaupun DS Najib berkata senarai dikeluar hari ini adalah muktamad, tapi dalam politik tidak ada yang mustahil. Yang pasti masih ada yang melobi kerana tarikh penyerahan kertas pencalonan hanya 20 April.

Antara tokoh politik veteran yang mungkin tidak ada dalam senarai ialah DS Rais Yatim (Jelebu), Datuk Mohamad Aziz (Seri Gading), Datuk Zulhasnan Rafique (Setiawangsa), TS Abdullah Badawi (Kepala Batas).

Dengar khabar lagi, hanya dua calon akan bertanding di kedua-dua kerusi Parlimen dan DUN kerana mereka menjadi tonggak untuk menawan semula negeri terbabit.

Walaupun enggan mengesahkan, Pengerusi BN Kelantan, DS Mustapha Mohamed akan kekal bertanding di Parlimen Jeli, dan juga akan menjadi calon bagi satu daripada 3 DUN di Jeli.

Begitu juga dikhabarkan akan berlaku ke atas Timbalan Pengerusi BN Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir, yang akan kekal sebagai calon Parlimen Jerlun dan akan turut bertanding di kerusi DUN.

Antara yang diketahui setakat ini, Pengerusi negeri yang mungkin beralih angin ke Parlimen di khabarkan membabitkan Melaka. Di Pahang, DS Adnan Yaakob dijangka kekal mempertahankan negerinya, DS Ismail Saberi kekal di Bera; di Perak, DS Zambry juga dijangka akan terus bertanding di DUN; di NS, DS Mohamad Hassan kekal di Dun, DS Shaziman Mansor (P-Tampin) dan KJ (P-Rembau); di Johor. Di Selangor… berita melegakan ialah Ahli Parlimen Pandan, DS Ong Tee Keat kekal sebagai calon, tapi pencalonan beberapa tokoh lain masih tidak dapat disahkan.

(News as at 4.30 pm)