Isnin, 15 April 2013

Rentetan video ahli parti amalan seks (PAS)



" PAS KAJI VIDEO SEKS ANWAR, kalau bukan Anwar, bagaimana? Tetapi jika terbukti dialah pelakunya, baru kita nyatakan pendirian kita nanti"- Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustaffa Ali.

Dalam kenyataan di atas Stopa tak sebut Pas mesti mencari atau mendapatkan 4 saksi untuk mengesahkan perlakuan tersebut.

Tetapi bila kena batang hidung sendiri, pandai pula pecacai Pas termasuk bekas mufti Perlis yang gila glamor menyatakan menuduh mesti bawa 4 saksi.

Kalau dah masuk CCTV dan disaksikan oleh ratusan ribu mata, maka ia lebih dari 4 saksi.

Ambil contoh lah, dalam sebuah taman yang terpasang siap CCTV seperti di Putrajaya dan taman KLCC, jika berlaku satu kes rogol, dan kejadian itu dirakam oleh cctv, ia sudah memadai untuk pendakwaan di mahkamah.

Mana ada dalam dunia manusia nak buat maksiat ajak 4 saksi, mana ada mangsa rogol akan bawa 4 saksi untuk melihat dia di rogol. Mana mungkin Stopa dan Aljub akan bawa 4 saksi untuk melihat aksi mereka. Dalam kes liwat Saiful oleh Anwar, bila Saiful menuduh Anwar meliwat beliau dan kes dibawa ke mahkamah sivil. pecacai Pas kata , Saiful kena bawa 4 saksi juga....kot mana pun puak-puak pecacai Pas nak menang juga.

Dahulu, Mat Sabu semasa menjaja cerita liwat Anwar dan sehingga menggelar Anwar sebagai 'Al Juburi wal liwati' tidak pernah membawa 4 saksi dipentas ceramah.

Kini Pas pandai2 pulak buka cerita 4 saksi. 99.99 % video tersebut adalah pelakunya pemimpin Pas.

Stopa mengakui itu dirinya dan berlaku 2 tahun lalu. Bermakna dalam tempoh 2 tahun berapa kali mereka bertemu dan bermesra?

Siap pula Stopa menanggung sewa rumah rumah RM 1400 sebulan ( berdasarkan dialog).

Ada pihak menyatakan itu isteri beliau, Wow! Isteri orang Pas rugged macam tu? Ingat bertudung macam telekung, rupa-rupa ala minah disco brutal.

Hari ini pecacai Pas di facebook semua sudah membisu dan tak berani berdebat lagi seperti hari pertama video terdedah. Semua jadi bisu dan pekak.

Benarlah kata sahabat bahawa Pas bermaksud Parti Amalan Seks dan akhir sekali, sudahkah Pas kaji video seks Anwar?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.