Isnin, 15 April 2013

Siapakah calon BN Batu Kurau

Hairan, sewaktu YB Kapt (B) Dato Najimuddin membuat sidang media di SUK minggu lalu sewaktu mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatan, ia menampakkan kekecewaan pada bahasa badan beliau.

Apakah beliau menghadapi masalah kesihatan, atau tekanan dari pihak-pihak tertentu yang kurang senang dengan kedudukan beliau sebagai Adun.

Kita semua sedia maklum bahawa beliau bermula karier politik sebagai pagawai agama kepada Mantan Menteri Besar terdahuli, YB Dato Seri Diraja Tajol Rosli. dengan tokoh kepimpinan yang ada pada beliau, Tajol memberi kepercayaan kepada beliau untuk menjadi Adun Batu Kurau dan beliau berjaya menewaskan calon lawan dengan mudah.

Akibat daripada pengumuman tersebut, 6 PDM di bawah Dun beliau ditutup sebagai tanda protes. Juga menjadi persoalan.

Hari ini atau esok akan terjawab siapa calon Dun Batu Kurau.

Batu Kurau merupakan kubu kuat BN sejak merdeka lagi dan Allahyarham Dato Seri Kamaruddin Isa yang pernah menjadi Menteri Besar Perak beberapa penggal juga adun Batu Kurau.

Umno Larut hebat daripada Umno Taiping dan Bukit Gantang kerana mempunyai 4 kerusi khusus untuk Umno, tidak seperti bahagian lain yang terpaksa berkongsi dengan komponen lain.

Oleh itu 4 kerusi tersebut menjadi fokus kepada ahli Umno Larut untuk bergelar YB. Lobi melobi menjadi lumrah.

Pun begitu dalam PRU 2008 Umno Larut terpaksa menerima orang luar buat pertama kalinya untuk bertanding sebagai ahli parlimen dan mengenepikan MP yang ada iaitu YBM Raja Dato Seri Hj Ahmad Raja Omar yang ditukarkan kepada kerusi Dun Kubu Gajah dan menggugurkan Dato Jaffri Mohd Yunos.

Apakah Dato Hamzah akan digantikan dengan calon tempatan atau digugurkan, atau bertukar kawasan lain, akan tetapi Dato Hamzah kini telah menjadi ahli Umno Larut berpindah dari Ipoh Barat, juga ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno.

Posisi Dato Hamzah akan menjadi fokus media hari ini, begitu juga pengganti Najmuddin.

Dua lagi kerusi panas ialah kerusi Raja Ahmad dan Dato Daud.

Taipingmali akan menyokong dan membantu siapa sahaja yang tercalon di Larut Asalkan ia Umno. Rakyat Bersama Umno.

Siapa pengganti Najimuddin? Ust Hasbollah, Ust Kazim atau.........
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.