|  | 
| Pagi tadi | 
Dari malam tadi pelbagai kaum telah menziarahi arwah di hospital dan di rumahnya,  hari ini ribuan lagi hadir untuk memberi penghormatan terakhir, Sharudin adalah pemimpin muda yang sangat dihormati oleh rakan dan lawan..
Arwah disembahyangkan di Masjid Jamek Bagan Serai dan diimamkan oleh  Cikgu Aminudin Samsudin guru  SK Matang Gerdu merangkap imam masjid tersebut.
YAB Dato Seri Dr Zambry dan beberapa pemimpin politik dan Exco yang baru dilantik turut hadir  untuk solat jenazah. 
Majlis pengebumian selesai sebelum solat zohor tengah hari tadi.
