Isnin, 6 Mei 2013

Bila PKR menang di Kuala Sepetang

PDM  Barisan Nasional  Palma Dun Sepetang
PAS adalah faktor kemenangan calon PKR Kuala Sepetang

Chua Yee Ling calon impot dari Johor mampu menang di Kuala Sepetang bergaya menewaskan calon BN Low Swee Eng yang berasal dari Kg Baru Simpang Taiping Perak.

Kehadiran Miss Chua di Kuala Sepetang mendapat bantahan daripada mantan adun Tai See Ng dan ahli-ahli Pkr Bukit Gantang sendiri.

Miss Chua terpaksa membawa jentera pilihan raya dari Kuala Lumpur dan membuka semula bilik gerakannya yang telah ditutup  oleh PKR Bukit Gantang. Jika dilihat faktor ini Chua tidak ada harapan untuk menang.

Chua juga pada awal kempennya tidak mendapat kerja sama jentera Pas dan Dap. Sebagai contoh sewaktu Chua turun ke Taman Mewah dan Taman Yayasan, tidak ada ahli Pas dan Dap yang membantu beliau.

Kemenangan Chua adalah sokongan kuat daripada Pas Batu 9  Changkat Ibol  yang terkenal dengan sifat agresif dan radikal.

Pada peringkat awal 85 % daripada 25 ribu pengundi Cina P 59 tetap menyokong calon-calon Pakatan. Cuma pada akhir selepas Low diumumkan sebagai calon baru lah  peratus sokongan cina meningkat daripada 15 kepada 20 %.

Apa pun , Tahniah kepada Pas Dun Sepetang kerana mereka faktor utama kemenangan Chua. Ahli Pas harus menjawab diakhirat nanti kerana membuat satu kerja yang haram dari sisi agama Islam.

Pemimpin Pas 2004 dan 2008 telah mengeluarkan fatwa bahawa orang Islam wajib mengundi calon Islam dan Haram mengundi calon bukan Islam. Jawab lah nanti di akhirat.

Pas sepatutnya memberi undi kepada calon Islam iaitu Zainal Abidin Abdul Rahman calon dari parti Berjasa yang diasaskan oleh Allahyarham Dato Asri. Jika orang Pas mengundi Berjasa sudah tentu selamat dunia dan akhirat.


  1. PALMA
  2. KURNIA JAYA
  3. AYER PUTIH
  4. SIMPANG HALT
  5. JEBONG
  6. KUALA SEPETANG
  7. KAMPUNG MENTERI
  8. MATANG GELUGOR
  9. SUNGAI LIMAU
  10. JALAN MANGGALA
  11. KAMPUNG JAHA
  12. SUNGAI MATI
  13. BENDANG SIAM
  14. CHANGKAT IBOL