Isnin, 18 November 2013

Layak! Setengah juta Bangla bakal ke Malaysia

Hanya 500,000 daripada 1.4 juta rakyat Bangladesh yang layak bekerja di Malaysia dalam sektor perladangan berdasarkan kepada pangkalan data kerajaan negara ini.

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Bangladesh, Norlin Othman berkata, sejak Malaysia dan Bangladesh menandatangani perjanjian persefahaman pengambilan pekerja asing dalam sektor perladangan pada hujung tahun lepas, kira-kira 1.4 juta rakyat Bangladesh mendaftar untuk bekerja di Malaysia.

"Setelah membuat tapisan, hanya 500,000 yang layak kerana terdapat permohonan yang tidak memenuhi kelayakan seperti usia yang terlalu tua dan terlalu muda,” katanya kepada pemberita Malaysia di sini.

Norlin berkata, ada juga permohonan yang ditolak kerana terlebih kelayakan seperti siswazah.

Namun, pihaknya hanya menerima 10,000 permintaan untuk pekerja perladangan daripada majikan di Malaysia.

Mengikut rekod, kira-kira 320,000 pekerja Bangladesh bekerja secara sah dalam pelbagai sektor di Malaysia ketika ini. - Bernama