Selasa, 7 Januari 2014

GANGGUAN PARLIMEN TAIPING


Beberapa minggu yang lepas pihak PR iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah menghantar 2 orang pencacai menyerang beberapa sekolah yang berada dalam kawasan Parlimen Taiping. 2 orang ini akan berjumpa dengan ketua jabatan (Guru Besar) untuk menawarkan jawatan yang tinggi juga dalam Biro Pendidikan PKR di Parlimen Taiping. Maknanya PKR akan menubuhkan Cawangan Biro Pendidikan di Parlimen Taiping. Sekiranya ketua jabatan tersebut menerima tawaran tersebut, ketua jabatan perlu mendaftar sebagai  ahli online, tetapi kalau ketua jabatan takut dan ragu-ragu ketua jabatan tersebut boleh membuat pendaftaran secara manual menggunakan borang.Ini menunjukkan bahawa pihak PR telah membuat persediaan rapi. Krew TM mengharapkan pihak berkaitan iaitu PPD dapat mengambil tindakan sewajarnya kerana kebanyakkan warga pendidik merupakan penyokong dan ahli parti dalam PR.Krew TM mengharapkan juga agar kerukunan kawasan sekolah dapat dipelihara supaya tidak melahirkan generasi pemberontak seperti sekarang.