Jumaat, 22 Ogos 2014

Nik Nazmi dimalukan oleh ahli parti dalam konvensyen hari ini



Ketua Pemuda PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berdepan saat getir apabila sembilan daripada 20 ahli exconya bertindak meninggalkan dewan sebaik dia memulakan ucapan sulungnya di penghujung Kongres Tahunan sayap parti itu hari ini.

Mereka tidak puas hati kerana Nik Nazmi akhirnya memegang jawatan itu selepas mengalahkan Amiruddin Shari and Mohd Nazree Yunus dalam pemilihan parti sedangkan keputusan undi tidak rasmi sebelum ini mengatakan Amiruddin menang dengan majoriti tipis.

Mengikut keputusan rasmi, Nik Nazmi yang juga ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia mendapat 4,509 undi sementara Amirudin yang juga Adun Batu Caves memperolehi 4,259 undi. Nazree, naib ketua Pemuda PKR sebelum ini, hanya hanya meraih 2,213 undi.