Jumaat, 22 Ogos 2014

Nurul Izzah wajar kosongkan kerusi Lembah Pantai


Semua sedia maklum bahawa Nurul Izzah telah memohon maaf kepada lawannya dalam PRU 13 lalu iaitu Raja Nong Chik. Permohonan maaf Nurul dibuat di dalam kamar mahkamah di hadapan hakim.

Permohonan maaf telah diterima dengan baik oleh Raja Nong Chik. Nurul sewaktu berkempen telah memfitnah kononnya Raja Nong memiliki tanah secara tidak sah pada sidang media 4 Mei 2013 dalam usaha mencari undi untuk mempertahankan kerusi Lembah Pantai

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu mengemukakan kenyataan maaf secara terbuka di Mahkamah Tinggi kelmarin. setelah saman dibuat oleh Nong Chik  berhubung kenyataan fitnah yang didakwa dikeluarkan Nurul Izzah berhubung pembelian tanah di Bukit Kiara.

Sehubungan fitnah tersebut, ia telah membantu Nurul Izzah menewaskan calon BN pada tahun lepas.

Oleh itu Nurul wajar mengosongkan kerusi tersebut setelah menyesal menfitnah lawan dalam kempen pilihan raya lalu. SPR diharapkan merujuk keputusan ini dan perundangan negara adakah layak Nurul Izzah dilucutkan hak sebagai MP Lembah Pantai selepas mengaku bersalah.