Mengundi PAN adalah bersamaan maksud memberikan undi kepada sebuah parti DAP chauvanis yang amat kejam dan zalim serta perkauman disamping menindas kaum lain .
DAP sebagai "God Father" kepada PAN akan terus menggunakan "Balacinya" PAN untuk memecah belahkan Melayu dalam pilihan raya.
Sudah menjadi adat dan resam semasa pilihanraya, pembangkang akan cuba membuat ceramah yang yang bersifat fitnah dan pembohongan untuk menipu rakyat bawahan. Pembangkang langsung tidak merasa berdosa akan tindakan yang mereka lakukan kepada rakyat.
Kenikmatan melakukan pembohongan itu seakan sudah tidak dapat diubah dan dibendung lagi. Kini dengan penuh bangga mereka lakukan. Apakah ini corak kepimpinan yang diingini oleh rakyat?
PAN dengan penuh bangganya melakukan fitnah dan pembohongan terhadap rakyat Kuala Kangsar terhadap pemimpin Perak tanpa mempedulikan dosa pahala secara tiada bersempadan mereka laungkan kenyataan fitnah sebagai cara untuk mendapatkan undi.
Rakyat tentunya lebih matang sekarang dalam memilih pemimpin bukan hanya kerana parti akan tetapi rakyat juga inginkan pemimpin yang mempunyai nilai-nilai murni yang menjadi amalan kehidupan yang boleh dibanggakan oleh rakyat Kuala Kangsar.
Ini pasti, kepimpinan yang baik budi dan akhlaknya akan menjamin satu pemerintahan yang terbaik dan boleh dijadikan teladan kepada rakyat. Sudah pastinya rakyat Kuala Kangsar akan memilih pemimpin seperti ini dan bukan memilih pemfitnah sebagai pemimpin mereka.
Timbalan Pengerusi PAN, Mohammad Nizar telah menuduh MB Zambry Abd Kadir kononnya telah memberi tanah kepada pihak tertentu. Tuduhan PAN itu dikecam oleh Zambry.
Menyifatkan Mohammad Nizar sebagai 'penipu bersiri', Zambry berkata bekas menteri besar Perak itu dilihat tanpa henti memfitnah dan membangkitkan isu tertentu walaupun telah diperjelaskan kerajaan sebelum ini.
"Saya amati perangai dia tidak habis-habis buat serangan. Bayangkan bulan Ramadan pun dia nak menipu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat penyelarasan jentera pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar di sini.
Mengenai dakwaan kerajaan negeri memberikan tanah seluas 45,324 hektar kepada pihak tertentu, Zambry berkata perkara itu telahpun diperjelaskan sebelum ini termasuk pada sidang Dewan Undangan Negeri Perak.
"Pembangkang ini telah kekeringan dan habis modal, sebab itu akan buat pembohongan," katanya.
Nizar menuduh kononnya kebiadapan Najib dan Zahid Hamidi merampas kerajaan Perak ini di bumi Kuala Kangsar, maka 'Allah jadikan pilihan raya kecil di sini'.
"Saya tidak terkejut dengan apa yang keluar dari kalam beliau (Nizar), kerana rupanya beliau belum pernah berubah dan belum cukup bertaubat dengan apa yang beliau alami sebelum ini.
"Saya syukur kerana beliau berkata demikian, mudah-mudahan taubat beliau segera diterima Allah swt," kata DS Ahmad Zahid.
Pemimpin PAN ini seharusnya sedar sewaktu pemerintahannya di Perak, Nizar telah banyak membelakangkan kepentingan bangsa Melayu dengan menidakkan hak-hak Melayu di Perak. Pemberiaan tanah-tanah sehingga 999 tahun kepada DAP adalah satu tamparan yang hebat kepada sejarah Perak.
Bukan itu sahaja, pengagihan kontrak semuanya telah membelakangkan hak-hak Melayu dalam negeri Perak. Sesungguhnya rakyat Perak sedar dan menjadi sejarah hitam bagi mereka.
Sudah pastinya rakyat Perak tidak mahu lagi ditipu dengan kata-kata manis DAP dan PAN dalam mendapatkan sokongan rakyat.
PRK-P067 Kuala Kangsar kini menjadi lapangan untuk rakyat Kuala Kangsar memberikan satu komitment yang tertinggi dalam memilih calon yang cukup layak untuk memimpin mereka dan calon yang mempunyai wawasan masa depan yang jelas dan terbaik.
Justeru itu, memilih calon Barisan Nasional itu adalah pilihan yang terbaik dan adalah pilihan yang amat tepat.
Kesilapan memilih pemimpin akan menjadi malapetaka yang panjang sebagaimana telah berlaku terhadap orang Melayu Pulau Pinang.
Redzuan