Ahad, 12 Jun 2016

Syefura (Rara) buat lawak di #PRKSgBesar






Rara ataupun Syefura pun sudah pandai bercakap atas pentas mewakili Dap. Rara merupakan Ikon wanita bertudung Dap adaah ahli seumur hidup parti tersebut. Rara membawa imej bahawa parti Dap adalah parti pelbagai kaum dan bukan seperti Umno yang dianggap rasis kerana memperjuangkan Melayu

Rara sama seperti Nga Komeng dan Rafizi Ramli yang banyak mengulang-ulang ayat dengan tokok tambah untuk memanjangkan ceramah padahal isi nya ciput sahaja . 

Rara kata kita kena undi PAN jika;

  1. Undi Pan jika kita marah kepada Najib
  2. Undi Pan jika marah kepada GST
  3. Undi Pan jika kita kena tipu dengan BN
  4. Kita betul-betul kena buat perubahan
  5. Kita tidak mahu dibodohkan oleh BN
  6. Kalau kita tengok tv3 suku hari-hari dia tipu rakyat kerana dia tahu itu saja cara itu dia boleh bodohkan rakyat
  7. Tetapi saya yakin orang Sg Besar bijak pandai 
  8. Orang Sg Besar pandai buat pilihan ....
  9. Kali ini kita perlu ubah
  10. Kali ini kita perlu kasi tukar
  11. Kali ini kita perlu bawa Azhar ke parlimen
  12. Kita kena bagi peluang kepada orang tempatan
  13. Kita kena bawa orang yang yang tahu masalah tempat ini
  14. Kita kena bawa orang yang mahu bekerja untuk rakyat
  15. Kita kena bawa orang yang pergi bekerja tidak ponteng di dewan
  16. Kita kena sokong sama pakatan harapan, kita jangan tengok  Pas, jangan tengok BN
  17. Kena sokong Pan untuk selamatkan Malaysia dari terus dibinasakan oleh Barisan Nasional 
Rara ooi!
Nak marah Najib pasai apa? Lebih baik marah Mahathir sebab Mahathir 22 tahun jadi perdana menteri. Najib baru 7 tahun jadi PM dan sudah banyak kebaikan dan kemajuan yang dibawanya. Ekonomi kukuh, nilai ringgit kukuh mampu bersaing dengan negara-negara lain. Cuma nya kalau hang dengan Rafizi , Anwar, Nga Komeng, Mat Sabu dll, gunung pun runtuh. 

Paling geli bila Rara kata kalau marah GST kena undi Pan. Pada hal orang yang marah GST adalah tauke-tauke Dap kerana satu sen pun depa tak boleh lari cukai seperti tahun-tahun sebelum cukai.
Jadi yang marah sangat dengan GST atau penyangak-penyangak peniaga yang tipu rakyat dan tipu cukai..... ada faham kaaa!

Lucu lagi bila Rara kata calon Pan anak tempatan yang tahu dan faham masalah orang tempatan. Yang ni memang tak betul lah sebab, calon Pan tu bukannya menetap di Sungai Besar,  Mengundi pun di Pahang. 




Bab seterusnya RARA kata kita akan hantar wakil yang buat kerja dan tidak ponteng di dewan rakyat.

HAHAHAH! Yang ini memang kena pada puak puak pembangkang kerana mereka lah yang kuat ponteng dan tidur dalam dewan.. tak percaya tengok ni