Ahad, 7 Ogos 2016
Kekuatan institusi Presiden adalah penentu kepada kekuatan sesebuah parti.
Kekuatan institusi Presiden adalah penentu kepada kekuatan sesebuah parti. Sehubungan dengan itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Diraja Mohd Najib Tun Razak menyeru para ahli parti supaya memelihara insitusi berkenaan dan ini jauh menyimpang daripada seruannya itu untuk ahli menjaganya.
“Jaga institusi presiden parti, bukan jaga Najib,
“Kalau institusi Presiden dirosakkan maka parti akan lemah. Kalau parti lemah, siapa yang akan jadi ketua membawa kita ke hadapan. Ketua yang lemah adalah parti yang lemah,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap semasa merasmikan Mesyuarat Pewakilan Serentak Bahagian Taiping, Bukit Gantang, Bagan Serai dan Parit Buntar.
Datuk Seri Diraja Mohd Najib dalam ucapannya itu turut menekankan aspek kesepakatan dan perpaduan yang perlu dipegang oleh ahli UMNO tambahan UMNO itu kini mencecah 70 tahun dan ia perlu terus disanjung dan dipertahankan.
“Saya ingatkan tuan-tuan dan diri saya, jagalah parti kita ini dengan sebaik-baiknya kerana inilah satu-satu parti yang boleh kita bergantung harap, yang menjadi sandaran kita, parti yang boleh kita bertaut yang bukan hanya sekadar parti politik tetapi institusi yang boleh membawa kita berjaya.
“Kita boleh berbeza pendapat tetapi ada caranya, nak selesai berbeza pendapat ikutlah perlembagaan dan budaya Melayu. Berbeza pendapat perkara biasa,” ucap beliau.
Bercakap soal perbezaan pendapat, Perdana Menteri itu mengingatkan bahawa penselisihan pendapat boleh ada diterima tetapi jangan sampai keadaan itu meruntuhkan institusi UMNO.
Yang paling penting jangan ada tindakan sehingga mengkhianati perjuangan kerana dalam berpolitik seseorang itu perlu ada prinsip moralnya.
“Nak tentukan orang itu hormat kita atau tidak, kita lihat jika orang itu ada prinsip moral dalam politik atau tidak,” kata Datuk Seri Diraja Mohd Najib dengan merujuk perkara itu kepada pihak tertentu.
Sempena dengan mesyuarat pewakilan serentak itu, beliau menaruh harapan buat pemimpin tempatan untuk memastikan pada pilihan raya umum akan datang, parlimen Taiping, Bukit Gantang, Bagan Serai dan Parit Buntar menjadi milik Barisan Nasional (BN).