Jumaat, 28 Oktober 2016

Harga Minyak Masak Tanpa Subsidi RM3.70




Tahukah anda? harga minyak masak sepeket 1kg jika tanpa subsidi harganya ialah RM3.70 tetapi hasil subsidi atau bermaksud dibelanja oleh kerajaan, harganya yang dibeli oleh orang ramai ialah RM2.50.

Ini bukan satu promosi atau retorik politik tetapi inilah tanggungjawab kerajaan untuk memelihara kebajikan rakyat agar terus terjaga.

Kerajaan membelanjakan RM1.20 untuk satu peket minyak masak yang dijual kepada orang ramai. Kalau dijual sebanyak 10 juta peket, kerajaan menanggung belanja RM12 juta untuk subsidi berkenaan sahaja dan ia diberikan kepada semua tanpa mengira parti mana yang orang ramai sokong atau undi.

Dengan minyak masak inilah, para peniaga kecil yang berniaga makanan bergoreng kesukaan ramai dan terus mencari rezeki untuk keluarga dan anak-anak.

Subsidi ini sudah pun diumumkan oleh kerajaan akan kekal menjadi hak rakyat dan tidak akan ditarik balik.

Kerajaan Barisan Nasional (BN) biarpun ada tekanan untuk terus bertahan dalam keadaan ekonomi global kini, sebagai kerajaan yang bertanggungjawab hak rakyat tetap diutamakan tidak seperti pembangkang yang berjuang hanya untuk menjatuhkan Barisan Nasional (BN).

Ia amat berbeza dengan pembangkang yang berjuang dengan misi hanya mencari salah BN sedangkan mereka ada pengundi dari kalangan rakyat yang perlu diambil perhatian serius berkaitan kebajikan mereka.

Masalah air pun gagal diselesaikan di Selangor. Sudah 8 kali masalah air di Selangor berlaku. Kita tunggu tengok dalam Bajet Selangor pada 31 Oktober ini apakah akan ada bajet khusus untuk selesaikan masalah air ini.

Tidak guna berbangga ada rizab sampai RM4 billion kalau masalah asas rakyat iaitu air gagal diselesaikan.

Kadangkala di Parlimen, Ahli Parlimen pembangkang ini kerap membahaskan perkara-perkara yang tidak berkaitan dengan kebajikan rakyat di tempat yang mereka wakili sebaliknya hanya menyalahkan BN sepanjang masa.

Sebelum ini pun, di pihak mereka menyalahkan kerajaan apabila ada khabar angin yang mengatakan kerajaan bakal menarik balik subsidi RM1.20 berkenaan.

Kerajaan sudah mula dituduh zalim kerana menindas rakyat biarpun perkara itu belum sahih.

BN tetap dengan janji dan tanggungjawabnya kepada rakyat dan atas dasar itulah harga minyak masak RM2.50 itu dikekalkan untuk terus dinikmati rakyat.

Tulisan :
Beruang


Sent from Samsung tablet.