Selasa, 18 Oktober 2016

Wayang Ezam episod kedua sudah mula ditayangkan



1.  Saya menyokong penuh  Kenyataan Saudara Azwanddin Hamzah ( Presiden JMM ) semalam antara lain menyatakan -Ketika Ezam Mohd Nor menjadi Ketua Pemuda Keadilan, beliau telah menyerang Tun Mahathir atas isu Konsortium Perkapalan Berhad milik Mirzan Mahathir pada 1998 yang menggunakan wang Petronas sebagai  dana milik awam. Selain daripada itu, Ezam juga mendedahkan skandal PERWAJA STEEL yang melibatkan salah guna dana awam yang bernilai berbillion ringgit. Beliau telah mengajak rakyat khasnya anak muda untuk bangkit melawan rasuah yang dilakukan oleh Tun Mahathir. Menurut Ezam Tun Mahathir adalah perosak dan pengkhianat bangsa Malaysia. Beliau juga menyerang bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan kini beliau pula mahu menyerang Perdana Menteri, YAB Dato Seri Najib Tun Razak. Kesemua ini melibatkan serangan yang dirancang dan seolah-olah menjadi talibarut pihak asing kepada negara ini.

2.  Ezam pada ketika dahulu diangkat oleh Pemuda Keadilan untuk 'reformasi'(perubahan), tetapi beliau hanya membuat reformasi kepada diri sendiri untuk kepentingan peribadi dan bukannya reformasi untuk rakyat. Rakyat tertanya tanya kini , mana pergi 6 Kotak yang ia katakan dulu bukti Rasuah Tun Mahathir ? Adakah kini ia telah serahkan kembali 6 kotak tersebut pada Tun Mahathir ataupun " membakarnya " dihadapan Tun Mahathir agar bukti Rasuah hilang.

3.  Seperti Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi (GERAK) yang diwujudkan oleh Ezam sebagai platform untuk mencari populariti kononnya untuk menjadi pemimpin anti-korupsi yang akhirnya 'GERAK' terus tenggelam dan 'mati' setelah Ezam berjaya menarik perhatian dan mengaburi mata pemimpin Barisan Nasional bagi mengaut keuntungan peribadi agar Ezam boleh diangkat bersama di dalam Barisan Nasional.

4.  Begitulah juga dengan kewujudan 'Hisbah Centre for Reform' yang telah diwar-warkan oleh beliau kononnya bagi memerangi rasuah, tetapi ia akan meneruskan "modus operandi" yang sama bersama Tun Mahathir serta Tan Sri Muhyiddin Yassin di dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bagi kepentingan peribadi dan dijadikan alat untuk mengumpul pelbagai persepsi serta fitnah kononnya kerajaan mengamalkan rasuah setelah kemungkinan mendapat imbuhan daripada Tun Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau seolah melakukan perkara ini untuk kepentingan sesetangah pihak dan tiada keikhlasan yang jujur.

5.  'Hisbah Centre for Reform' adalah satu tiket kepada Ezam untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan ianya tiba-tiba muncul dan tidakkah ini perkara yang sama dilakukan ketika hendak memasuki UMNO dahulu dan strategi yang sama dan berulang untuk kepentingan diri sendiri.

6.  Ezam juga perlu bertanya kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin adakah benar kes penceraian antara Nika Ghee Siew Yee dan Stanley Clement Augustin disebabkan oleh kes skandal Muhyiddin Yassin yang mana nama Muhyiddin Yassin turut disebut sebagai penyebab di dalam Akaun Bersumpah (SD) mereka yang merupakan kes profil tinggi di Mahkamah. Sebagai pemimpin yang kononnya menentang rasuah, Ezam harus bertanya, bagaimanakah menantu Tan Sri Muhyiddin Yassin memperolehi kekayaan yang menakjubkan sehingga mencecah berbillion ringgit?

7.   Saya menyeru kepada rakyat Malaysia supaya tidak tertipu dengan Ezam Mohd Nor menggunakan "Hisbah Centre for Reform" ini untuk mengaut kepentingan peribadi dan mengajak rakyat supaya mengingati kembali sejarah Ezam yang menjilat ludahnya sendiri di dalam perkara rasuah dan juga menyeru supaya rakyat tidak terikut ikut untuk menyerang pemimpin Melayu Islam di negara ini. Sekiranya Ezam ingin menjadi hero di dalam isu rasuah, inilah peluang terbaik beliau bersemuka dan bertanyakan kepada Tun Mahathir tentang semua isu rasuah yang disuarakan oleh Ezam dan bagaimanakah anak-anak Tun Mahathir boleh menjadi kaya raya dalam masa yang amat singkat.

*Zamil Bin Ibrahim*
*Bekas Exco Pemuda PKR*
*Malaysia*
*1999-2007*


Sent from Samsung tablet.