Jumaat, 4 November 2016

Isu Minyak Masak Terkini dan Media Sosial


Dalam group wassap family yg terdiri pakcik, makcik, sepupu sepapat dll. Mereka bicara kenapa kerajaan zalim sgt naikkan harga minyak masak walaupun kita adalah pengeluar minyak sawit terbesar.

Selama ni aku diam dan lihat. Tp hari ni, aku rasa x perlu diam. Perlu bagi penjelasan.

...

1. Aku kata pada mereka, subsidi kerajaan terhadap minyak masak utk tahun 2016 adalah RM 600 juta. Jika kerajaan teruskan subsidi pada bulan November & Dec, kerajaan perlu keluarkan perbelanjaan tambahan RM 100 juta.

2. Benar Malaysia pengeluar minyak terbesar. Namun pendapatan negara melalui cukai pengusaha minyak adalah RM 300 juta.

3. Aku kata pada mereka, subsidi itu sendiri ketirisan. Penggunaan minyak oleh rakyat adalah 40 000 tan sebulan tapi penjualan adalah 85 000 tan sebulan. Mana perginya 45 000 tan?

4. Subsidi bukan hak rakyat. Ianya ehsan kerajaan. Aku bawa mereka berfikir, PRU 14 tak lama lagi, kenapa kerajaan buat sesuatu yg tak popular? Aku suruh mereka undi pembangkang, mana tau boleh bagi barang dapur percuma utk rakyat.

5. Aku kata pada mereka, subsidi tu sendiri ketirisan. Jika BR1M kamu kata ketirisan, subsidi sudah pasti lebih lagi.

6. Akhir sekali, aku tinggalkan satu persoalan.

Wajarkah kerajaan tambah RM 100 juta semata2 utk bagi subsidi kolestrol pada rakyat? Atau wang itu digunakan utk baik pulih HSA yg sedang lumpuh?

Masih menanti jawapan..

Kredit : Dr Aznil Hisham


Sent from Samsung tablet.