Rabu, 9 November 2016

MEMAHAMI KENAPA CHINA MENGAMBIL BERAT SOAL EAST COAST RAIL LINE


Oleh Ayman Rashdan Wong

Ramai yang kecoh pasal PM melawat China. Macam lah Malaysia baru mnjalin hubungan dengan Republik Rakyat China (PRC) semalam. Hakikatnya, sejak 28 April 1974 (tarikh Tun Abdul Razak membuat lawatan bersejarah ke China), 5 PM Malaysia telah pun melawat China sebanyak 15 kali. Tun Dr. Mahathir saja dah 7 kali: 1980, 1993, 1994, 1996, 1999, Feb 2001, Okt 2001. Dua orang Yang di-Pertuan Agong pula pernah mengadakan lawatan negara (state visit) ke China pada 1991 dan 1997. Beratus-ratus perjanjian meliputi kerjasama keselamatan, ekonomi dan kebudayaan telah pun ditandatangani. Semua ini tidak bermula pd tahun 2016!!!!!!

Bukan itu yang saya nak cerita. Cuma bagi saya, hujah yang mengatakan bahawa keterlibatan China dalam pembinaan landasan East Coast Rail Line (ECRL) semata-mata faktor politik domestik Malaysia adalah sangat dangkal (shallow) cetek ilmu dan tdk bijak. Sebenarnya, China nak buat semua itu adalah disebabkan kepentingan strategik yang lebih besar, iaitu menjadikan Malaysia sebagai satu hub dalam rangkaian "One Belt, One Road" (OBOR).

OBOR ialah satu strategi raya (grand strategy) yang diperkenalkan oleh Presiden Xi Jinping pada tahun 2013. "One Belt" merujuk kepada pembinaan laluan keretapi yang menghubungkan China dan Eropah melalui jalan darat yang merentasi Kazakhstan, Turki, Russia, Belarus dan lain-lain negara sehingga ke Rotterdam di Belanda. Manakala "One Road" pula merujuk kepada pembinaan pelabuhan di sepanjang jalan laut yang melewati Vietnam, Malaysia, Indonesia, Singapura, Sri Lanka dan lain-lain negara sehingga ke Venice di Italy. Kedua-dua jalan ini merupakan jalan perdagangan utama dunia sebelum abad ke-15 yang dikenali sebagai Laluan Sutera (Silk Road), laluan yang digunakan oleh pedagang Eropah untuk berdagang dengan China, sebelum Turki Uthmaniyyah menguasai Laut Mediterrenea pada abad ke-15 dan memaksa negara-negara Eropah mencari jalan alternatif melalui Lautan Atlantik dan Hindi. Ia diberi nama Laluan Sutera sebab barangan utama yang diimport dari China ialah sutera dan teh. Oleh itu, nama "One Belt" secara rasmi ialah "Silk Road Economic Belt" (SREB) manakala "One Road" dinamakan "The 21st Century Maritime Silk Road" (MSR). Xi melihat strategi ini sebagai penghidupan semula Laluan Sutera yang merupakan simbol ketamadunan China.

Kehebatan OBOR bukan saja pada skala geografinya, tetapi juga pada skala kosnya. Untuk menjayakan OBOR, perlu ada satu trillion (1,000,000,000,000) yuan, bersamaan dengan US$ 160 billion. Tapi mujurnya China banyak duit. Maka China pun mendirikan Bank Pelaburan Infrastruktur Asia atau AIIB (US$ 100 billion) dan Dana Laluan Sutera (US$ 40 billion) untuk membiayai projek-projek OBOR. Bukan Malaysia saja, Britain pun menyertai AIIB. Tapi rakyat Britain yang sentiasa meletakkan kepentingan negara (national interest) dalam minda tak akan mengatakan bahawa pemimpin mereka menjual negara.

Apa tujuan OBOR? China selama ni bergantung pada jalan perdagangan laut yang meliputi Laut China Selatan dan Selat Melaka. 80% barangan import dan eksport China perlu melalui jalan ini dan jalan ini adalah sangat tidak selamat. Bila-bila masa, musuh-musuh China boleh menyekat laluan kargo China. Siapa musuh-musuh China? Amerika Syarikat dan Jepun. Kedua-dua negara telah lama merancang untuk menguasai Selat Melaka, tapi mujurnya ditolak oleh Malaysia, Singapura dan Indonesia. India pula "frenemy", kadang kawan kadang lawan. Bayangkan kalau negara-negara ini menyekat laluan barangan China yang kritikal seperti petroleum (barangan import terbesar China), ekonomi China boleh lumpuh dalam sekelip mata. Maka, China memerlukan strategi untuk melindungi kepentingannya. SREB membolehkan China menggunakan jalan alternatif yang tidak dapat dicapai oleh Amerika dan konco-konconya, manakala MSR pula memperkuatkan lagi kedudukan China di kawasan Lautan Pasifik dan Hindi.

Dengan membina jaringan pelabuhan dan laluan keretapi, kargo China yang sampai di pelabuhan akan terus diangkut melalui laluan darat. Contoh, minyak dari Oman sampai ke Melaka, terus diangkut melalui keretapi ke Tumpat, dan disambungkan ke Thailand, seterusnya ke selatan China. Itu yang China lakukan di Pelabuhan Gwadar, Pakistan. Pelabuhan tersebut telah pun siap dan minyak import dari Arab akan terus disalur ke Xinjiang, China melalui paip minyak bawah tanah. Perjalanan dari Oman ke Pakistan selamat dari sebarang ancaman Amerika dan konconya. 

Pada asalnya, sebelum ada MSR, China mempunyai rancangan untuk membina Terusan Kra di selatan Thai. Dengan itu China boleh "bypass" saja Laut China Selatan dan Selat Melaka yang banyak masalah. Tapi apa akan jadi kepada Malaysia? Pelabuhan di Klang, Tanjung Pelepas, Johor, Penang, Bintulu, Kemaman semua boleh tutup kerana China tak akan guna, dan negara-negara lain pun akan ambil alternatif yang lebih selamat, berbanding dengan Selat Melaka yang terkenal dengan lanun yang banyak dan laluan yang sempit. Yang boleh pasti Singapura pun tak dapat hidup. Boleh agak Singapura telah pun melobi mati-matian supaya China tidak melaksanakan projek Kra dan digantikan dengan MSR.

Saya tidak pro-China. Tapi hakikatnya, Malaysia ialah sebuah kuasa kecil (small power), selamat atau tidak dalam sistem dunia bergantung pada kebijaksanaan dalam hubungan antarabangsa. Kebijaksanaan dalam mengurus hubungan dengan kuasa-kuasa besar. Untuk mempertahankan kedaulatan dan kepentingan negara, apa yang perlu bukan slogan, tapi "balance of interests" di antara negara. Nak pastikan kedudukan Malaysia dalam perdagangan maritime kekal relevan, suka atau tidak, kita perlu bekerjasama dengan China dalam inisiatif seperti OBOR. Meraikan kerjasama dengan penuh berhati-hati, jangan tolak peluang ke negara-negara lain. Kedudukan Malaysia sebagai "laopengyou" (old friends) dalam hubungan luar China harus dimanfaatkan, jangan disia-siakan.  

Ya China memang pembuli. Tapi kepentingan di Laut China Selatan (LCS) hanya dapat dipertahankan melalui diplomasi dengan China, sebab China tak akan layan keputusan mahkamah whatever, dan keterlibatan Amerika dalam isu LCS bagai menyimbah minyak atas api kerana China anggap itu sebagai provokasi. Tak nampak kah sebaik saja Duterte melawat China sambil mengkritik Amerika, terus China membenarkan nelayan Filipina beraktiviti di Scarborough Shoal. Duterte mempraktikkan seni diplomasi, bukan retorik semata-mata.

Sementara negara-negara jiran kita (Filipina, Indonesia, Thailand) tengah berbaik-baik dengan China dengan menonjolkan kepentingan mereka kepada China, jangan kita ketinggalan. Jangan lupa negara-negara jiran ini masih ada "unfinished business" dengan Malaysia, katakan, Filipina mendapat sokongan China untuk menuntut wilayah Sabah, apa akan jadi kepada Malaysia? Tidakkah persahabatan Malaysia dengan China boleh menjadi "hedge" kepada situasi-situasi sebegini?

Memang bahaya pun jika bergantung kepada China. Itu sebab pentingnya hubungan dengan kuasa-kuasa besar lain untuk mewujudkan imbangan kuasa (balance of power), tak kira lah dengan Amerika, Jepun, Russia, India atau Australia. Kerajaan dah lama sedar pun kebergantungan China boleh mengundang kemudaratan, itu sebabnya Malaysia menyambut "Pivot to Asia" di bawah Obama. Tapi kalau pergi Amerika pun, orang kutuk, pergi Jepun pun orang kutuk, pergi Russia pun orang kutuk, nak buat macam mana?

C&P
TUN HANIF OMAR
3/11/16