Petroleum (Minyak Mentah)
Pengalian minyak mentah ini melibatkan jarak pengalian yang hampir puluhan ribu kaki dari permukaan muka bumi dan ini wujudnya pembinaan pelantar minyak. Dan apabila minyak mentah ini ditemui ia dipam dari tapak galian, proses pam ini menghasilkan puluhan ribu barrel seminit.
Pelantar minyak merupakan satu rangka binaan dibuat daripada besi yang dibina di tengah-tengah laut bagi menggerudi lapisan batu di dasar laut. Pelantar minyak dibina bagi mengeluarkan minyak mentah seperti petroleum dan gas asli di tengah laut.
Setakat ini , belasan pelantar minyak telah dibina di sekitar Laut China Selatan.
Secara asasnya, pelantar minyak ini mempunyai bangunan mini untuk penginapan para pekerja, tempat pendaratan helikopter dan tempat pemprosesan minyak mentah.
Sebelum ia ditapis menjadi produk petroleum ia dipam dari pelantar minyak dan dipindahkan ke kapal tangki untuk diangkut ke kilang penapisan. Malaysia belum mempunyai kilang penapisannya sendiri dan masih dalam proses pembinaan.
Antara produk petroleum adalah Minyak Jet, Minyak gasoline (Minyak tanah), Petrol, Diesel, Gris, Tar, Gas dan beberapa pecahan lagi.
Minyak yang digali dari dasar laut dikategorikan minyak yang berkualiti tinggi kerana ia mempunyai kandungan sulfur yang rendah berbanding pengalian minyak dikawasan daratan.
Oleh kerana minyak ini berkuali tinggi pihak kerajaan memanfaatkan ia dengan menjual hasil cali gali ini untuk mendapat pulangan yang tinggi dalam industri petroleum.
Kita pengguna petrol khususnya di Malaysia hari ini didendangkan dengan harga minyak yang tidak seiring dengan harga minyak dunia keranak kita negara yang mempunyai minyak sedangkan berulangkali diterangkan minyak negara ini dijual diluar negara kerana ia lebih menguntungkan (sebelum harga minyak jatuh) berbanding digunakan didalam negara. Dan Malaysia membeli minyak gred sedikit rendah dari luar untuk kegunaan domestik yang tiap hari dituang kedalam tangki kereta kita.
Kini kejatuhan harga minyak dunia mengheret industri petroleum negara kita, kerana minyak dari Malaysia dijual dengan harga jauh lebih murah. Pulangan hasil berbanding kos pengeluaran ini tidak dapat ditampung lagi ia memaksa mengurangkan pengeluaran minyak mentahnya. (supply and demand)
Dahulu kerajaan bersandarkan hasil penjualan petroleum ini dalam hasil pendapatan negara ini. Kini petroleum tidak lagi menjana pendapatan negara. Satu tugas getir untuk kepimpinan hari ini. Oleh itu jangan terlalu seronok bila harga minyak dunia turun.
Ada yang tanya kenapa Malaysia tidak menapis minyaknya dan digunakan didalam negara disaat harga minyak dunia ketika ini tidak boleh menjana penapatan negara?
Minyak dasar laut Malaysia minyak yang berkualiti tinggi dan ia sangat berbaloi dijual dan tidak sesuai digunakan didalam negara memandangkan jentera didalam negara ini memerlukan produk dari Heavy Crude yang mana ia dibeli dari Arab dengan harga yang jauh lebih murah berbanding harga jualan minyak mentah negara ini.
Ini bukan soal keperluan Malaysia perlu memproses minyaknya untuk kegunaan domestik tetapi ia bukan keperluan untuk negara kita kerana minyak untuk kegunaan didalam negara ini sesuai dari heavy crued yang diproses disini.
Jika mahu Malaysia memproses minyak utk kegunaan dalam negara kita terpaksa menukar jentera yang ada sekarang sesuai dengan minyak yang dikeluarkan dari dasar laut negara ini. Ibarat dulu pakai Myvi tapi kena tukar kereta jenis mcm jenis Ferrari sebab nak pakai minyak negara sendiri. (Mmg Ferrari tak boleh tuang minyak RON95)
Lihat jentera sekeliling kita banyaknya direka sesuai dengan pengunaan minyak heavy crued kerana ia direka sesuai dengan bentuk muka bumi dan iklim negara ini meskipun ia made in Japan.
Saya bukan pakar minyak tetapi inilah basic yang saya belajar tentang minyak di sekolah menengah belasan tahun dahulu.
*_Via FB Noor Ismail_*