Selasa, 14 Februari 2017

Selepas Ditentang Jawatan TPM, Kit Siang Berkira Kira Pula Jadi CM Penang.



SELEPAS perjanjian sulit antara Lim Kit Siang dan Dr Mahathir Mohamad terdedah kepada umum, rakyat sudah mula nampak permainan politik keluarga antara dua 'dinasour' politik tanah air itu.

Bukan sahaja penyokong kerajaan, malah pendedahan itu juga membuatkan ramai dari kalangan pendokong agenda pembangkang sudah mula sangsi dan ragu-ragu terhadap Kit Siang.

Mana tidaknya, sejak Mac 1966 lagi, agenda DAP adalah untuk mengangkat pemimpin utama mereka sebagai Perdana Menteri, selaku pemerintah tertinggi di Putrajaya. 

Perjuangan DAP untuk menjadi Perdana Menteri muncul dan tersemai sejak penubuhan awal DAP di Malaysia. Itulah visi DAP di Malaysia. DAP mahu ikut jejak PAP di Singapura yang menguasai kerajaan di sana secara sepenuhnya.

Namun, Kit Siang seolah-olah mengadaikan kepercayaan, kesetiaan dan agenda sebenar DAP ini dengan kehadiran Mahathir dalam pakatan pembangkang.

Ramai kalangan veteren DAP marah bila Kit Siang berpakat balik dengan Mahathir. Luka lama berdarah kembali. Ada yang masih berbekas dendamnya pada Mahathir.

Kit Siang dimarah dan ditentang oleh veteren DAP kerana hanya sekadar mahu jawatan TPM semata mata. Malah lebih memalukan bersekongkol dengan Mahathir untuk beri laluan anak Mahathir menjadi PM.

Ini telah mewujudkan keretakan teruk dalam DAP. Dalam masa yang sama, veteren DAP masih menyoal kenapa Ibrahim Ali tidak masuk sekali dalam PPBM dan masih lagi menyerang DAP secara terbuka? 

Apakah Ibrahim Ali sedang dipergunakan sebagai senjata sulit Mahathir untuk serang DAP? 

Turut menjadi semakin parah apabila desas desus menyatakan bahawa, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bakal dimasukkan ke dalam penjara atas pertuduhan skandal rasuah di Pulau Pinang.

Ia menjadi bertambah kucar kacir setelah sumber dalaman mendedahkan, Ketua Menteri itu akan menyerahkan baton Ketua Menteri kepada ayahnya sendiri iaitu Kit Siang.

Dipercayai, Kit Siang bakal bertanding di mana-mana kawasan 'mudah menang' di Pulau Pinang dan akhirnya berpotensi untuk diangkat menjadi Ketua Menteri kelima menggantikan Guan Eng.

Juga difahamkan menurut sumber terdekat, bekas ADUN Kota Laksamana yang juga isteri kepada Guan Eng, iaitu Betty Chew Gek Cheng dikhabarkan bakal membuat 'come back' ke negeri Hang Tuah tersebut.

Manakala, tempat Kit Siang sedia ada pula, dikatakan akan diganti oleh ahli DAP baru, Datuk Zaid Ibrahim bagi tujuan mengekalkan kerusi Parlimen Gelang Patah milik DAP.

Semua percaturan yang diperoleh dari sumber dalaman ini dipercayai menjadi penyebab mengapa 4 wakil rakyat DAP Melaka bertindak keluar parti, manakala diramalkan terdapat lebih ramai pemimpin dan ahli DAP kini sedang menunggu tarikh untuk turut berbuat demikian.

CEC DAP yang sudah bertahun tidak selesai, kemasukan Mahathir dan monopoli keluarga Kit Siang jadi nanah terbesar dalam DAP sekarang. Lava nanah itu sudah mengalir di Melaka dan bakal meletup di beberapa negeri lain dalam masa terdekat.

Apapun, bersediakah rakyat Pulau Pinang untuk menerima Ketua Menteri kelima secara penyerahan baton ini? 

Kemanakah maruah rakyat Penang bila buat sekian kali dibuli oleh orang luar untuk jadi Ketua Menteri Penang. Apakah tiada anak Penang yang layak?

Juga, sanggupkah para penyokong DAP menerima monopoli berterusan keluarga Lim ini di Penang? 

Dalam PKR, bila masuk penjara jawatan bertukar dari suami ke isteri. Dalam DAP, bula masuk penjara jawatan bertukar dari anak ke bapa.