Jumaat, 3 Mac 2017

Anak Mahathir Kekal Kaya Disaat Malaysia Difitnah Muflis



Antara dakyah dan fitnah pihak pembangkang terutamanya Tun Dr Mahathir dan pentaksubnya adalah dakwaan Malaysia bakal muflis tidak lama lagi.

Mereka mengada-adakan cerita kononnya hutang negara yang cukup besar selain daripada kedudukan kewangan negara yang didakwa mereka sebagai lemah.

Walaupun pelbagai fakta dan angka ditunjukkan kepada mereka bagi menangkis tohmahan ini, namun mereka lebih senang untuk mendakwa Malaysia bakal muflis dan bankrup.

Seperti lazimnya, majalah ekonomi antarabangsa Forbes, mengeluarkan laporan senarai orang terkaya di dunia. Menerusi penelitian, Tan Sri Robert Kuok masih kekal peneraju orang paling kaya di Malaysia dengan harta sebanyak USD $11.4 bilion. 

Dikalangan kaum Melayu pula, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary menerajui senarai orang Melayu terkaya di Malaysia dengan harta sebanyak USD $1.8 bilion.

Apa yang menarik untuk disaksikan, anak kedua Tun Dr Mahathir turut tersenarai di kalangan orang terkaya di Malaysia. Menurut laporan majalah Forbes, Datuk Mokhzani Mahathir berada ditangga ke 34 orang terkaya di Malaysia dengan harta sebanyak USD $420 juta (RM 1.806 bilion). Ini meletakkan Mokhzani sebagai orang keempat terkaya di Malaysia berbangsa Melayu.

Persoalannya di sini, dimana logiknya dakwaan pembangkang dan Tun Dr Mahathir yang mendakwa Malaysia sedang menuju negara muflis tidak lama lagi?

Jika benar Malaysia kearah negara muflis, mana mungkin Mokhzani masih mampu mengekalkan kekayaannya menerusi industri minyak melalu Kenchana Sapura Petroleum dan pelbagai lagi bidang perniagaan yang sedang diusahakannya?

Pembangkang dan Tun Dr Mahathir sepatutnya berpijak di bumi yang nyata sebelum melemparkan tuduhan seumpama ini. Malaysia tidak pernah berhadapan dengan masalah serius dari segi ekonomi sepanjang Datuk Seri Mohd Najib menjadi Perdana Menteri.

Malaysia masih mampu mengekalkan kadar KDNKnya pada 4 hingga 5 peratus seperti yang diunjurkan oleh Perdana Menteri semasa pembentangan bajet 2017, Oktober tahun lalu.

Andai benar Malaysia menuju kearah negara muflis, bagaimana pula nama Mokhzani boleh berada di dalam senarai orang terkaya di Malaysia? Adakah angka RM 1.806 bilion ini sengaja direka-reka oleh majalah Forbes?

Kalau Malaysia hendak bankrap, ramai dah orang orang kaya ini juga jatuh bankrap. Ini tidak, orang yang berkata Malaysia hendak bankrap itu anaknya terus jadi antara orang terkaya di Malaysia.