Rabu, 5 April 2017

DAP Tidak Pernah Berbohong

BONGKAR DAP Siri 9

Benar. DAP tidak pernah berbohong apabila memperkatakan tentang penghapusan hak dan keistimewaan orang Melayu dan Bumiputra. Selain sudah termaktub dalam matlamat penubuhan parti ini, ia juga sudah sebati dalam jiwa raga para pemimpin DAP sejak turun temurun.

Kejayaan awal DAP menakluk Pulau Pinang pasca PRU-12 menjadi detik permulaan pelaksanaan agenda ini secara total dan agresif.

Sebaik menawan Pulau Pinang, DAP telah mengundang mantan Perdana Menteri Singapura, mendiang Lee Kuan Yew ke pejabat Ketua Menteri, Lim Guan Eng di KOMTAR, Pulau Pinang.

Dalam lawatan tersebut, agenda kesaksamaan dan kesamarataan menjadi topik paling panjang dibincangkan. Hasilnya, satu per satu hak dan keistimewaan orang Melayu ditarik di negeri ini. Misalnya, DAP secara terbuka mengisytiharkan penghapusan Dasar Ekonomi Baru (DEB) di Pulau Pinang yang selama ini membela nasib orang Melayu khususnya dalam pembahagian sumber kekayaan negeri.

Selain itu, DAP juga telah menghapuskan kuota diskaun 5% yang diperuntukkan untuk orang Melayu dan Bumiputra dalam urusan pembelian rumah di Pulau Pinang, sekaligus menafikan hak orang Melayu daripada memiliki rumah pada harga yang lebih rendah sebagaimana yang digazetkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Kerajaan PKR Selangor pimpinan Azmin Ali juga telah mengikut jejak langkah DAP Pulau Pinang dalam hal ini, dipercayai akibat tekanan yang diterima daripada DAP sendiri.

Kenapa DAP begitu angkuh dan mahu hapus segala hak dan keistimewaan orang Melayu?

DAP yang sering dilabelkan sebagai parti chauvinist ultrakiasu sebenarnya tidak pernah senang dengan penguasaan politik orang Melayu di negara ini. Masakan tidak, parti ini mewarisi DNA komunis yang tebal sejak dari era Parti Komunis Malaya lagi dan menjadi darah daging dalam diri mereka hari ini. PKM sememangnya amat anti-Melayu dan bercita-cita mahu wujudkan sebuah jazilah komunis di rantau ini. Cita-cita ini kini disambung pula oleh DAP tetapi dengan acuan yang lebih demokratik dan menggunakan ramuan sosialisme, satu lagi fahaman yang berakarpunca daripada sistem dan ideologi komunisme.

*Berita lanjut di page Darul Ehsan Leaks*

https://www.facebook.com/darulehsanleaks/

Ikuti info-info negeri Selangor  di page *Darul Ehsan Leaks.*

Dan *KENA SAVE* nombor ini (0145154521) bagi memudahkan broadcast msg atas nama *D.E.LEAKS* dan whatsapp *"Saya Mahu Info D.E.Leaks" serta nyatakan nama anda untuk kami salurkan info ke nombor anda.

Sebarkan pada group dan sahabat-sahabat anda.

#deleaks
#infoselangor