Ketua Angkatan Muda PKR Ampang, Datuk Adam Rosly ditangkap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas dakwaan terlibat dalam kegiatan pengubahan wang haram berikutan kekayaan luar biasa yang dimilikinya.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki berkata, Adam disiasat di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA).
Ceritanya sekarang, ada kumpulan tertentu sudah nampak gabra dan menggelabah apabila Adam Rosly, jutawan muda berusia 20an sudah ditangkap dan disiasat SPRM.
Antaranya, ialah Ahli Parlimen PKR Ampang Zuraida Kamaruddin yang dikatakan menjadikan Adam sebagai proksi politik beliau melonggokkan kekayaannya kepada Adam untuk dijaga.
Zuraida atau lebih mesra dipangggil "mak lampir" yang melantik Adam Rosly sebagai pegawai khasnya. Zuraida sebelum ini dikaitkan dengan deretan tujuh buah kereta yang dikatakan menjadi miliknya.
Menurut banyak pihak, kebanyakan kekayaan yang dimiliki oleh Adam adalah milik orang lain. Adam hanyalah proksi sahaja untuk mengaburi perhatian pihak berkuasa khususnya SPRM.
Selain Zuraida, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali juga dilihat bakal tidak senang duduk memandangkan diri beliau juga sudah terpalit macam-macam kontroversi yang tidak dijawab sehingga hari ini.
Adam Rosly juga adalah Ketua Kelab Penyokong Bolasepak Selangor ketika Azmin Ali menjadi Presiden FAS. Adam Rosly juga dikatakan rapat dengan Hilman Idham, pegawai khas kepada Azmin Ali.
Adakah kekayaan Adam turut melibatkan skandal rasuah yang ada terkait sekali dengan Azmin?
Banyak pihak telah menggesa agar SPRM membuka semula siasatan kekayaan luar biasa Azmin semasa beliau di zaman muda dahulu. Termasuklah menyiasat skandal SPLASH, YAWAS dan tanah di Wetlands.
Azmin masih lagi di luar negara. Diam membisu bila Adam dicekup. Zuraida pula mengambil sikap diam. Rafizi yang sering bising bila isu rasuah pun diam.
Masing masing "gabra" dan jadi "cuak" bila Adam Rosly ditahan. Dari segi riak muka dan wajah, jelas menampakkan Adam Rosly pasrah ditahan.
Semalam, bila seorang Datuk Seri ditahan di Penang, Lim Guan Eng nampak "gabra". Pelbagai pihak desak Guan Eng letak jawatan.
Kini di Selangor, Adam Rosly adalah kunci kepada terbongkarnya lebih banyak cerita cerita baru di Selangor. Jika Adam Rosly nampak dirinya tidak dibela seperti pemimpin lain dalam PKR, sudah pasti Adam sendiri akan "pecah lubang" nanti.
Sebelum ditahan, Adam dipercayai dipanggil ke pejabat SPRM di Putrajaya dan beliau hadir dengan gaya angkuh menaiki kereta mewah berwarna hitam bersama pemandu dengan memakai baju batik oren.
Hari ini, Adam memakai baju oren juga bertulis "Lokap SPRM" sambil tangan bergari. Tiada satu pun pemimpin PKR yang nampak mahu membelanya. Mereka semua diam sebab "gabra".
Pakatan Harapan (PH) sebelum ini mengatakan bahawa pemimpin mereka bebas rasuah nyata meleset kerana sudah satu persatu pemimpin pembangkang pula ditahan disyaki terlibat dengan rasuah.
Jutawan muda ditangkap di Selangor. Jutawan bergelar Datuk Seri ditahan di Penang. Kedua dua yang ditahan ini pasti buat Guan Eng dan Azmin jadi gelisah dan gabra. Siapa pula akan kena selepas ini?
Sent from Samsung tablet.