Isnin, 10 April 2017

Rafizi Ramli istiqamah dengan agenda pembohongan


EMPAT PEMBOHONGAN RAFIZI RAMLI TENTANG KADAR INFLASI TAHUNAN, INFLASI SEMASA KEGAWATAN EKONOMI DAN GAJI PEKERJA MALAYSIA

Rafizi Ramli dikesan menipu lagi di laman Facebook miliknya dalam posting *KENYATAAN MENTERI MENGENAI INFLASI MEMANDANG RENDAH MASALAH HARGA BARANG NAIK*.

*PEMBOHONGAN 1*: Menggambarkan Kadar Inflasi Februari 2017 4.5% Sebagai Inflasi Tahunan

Rafizi berbohong apabila menggambarkan kadar inflasi Februari 2017 pada *4.5% adalah kadar inflasi tahun 2017* apabila membandingkannya dengan kadar inflasi tahunan semasa Malaysia dilanda krisis ekonomi pada *tahun 1998*. Hakikatnya, kadar *inflasi 4.5%* yang diumumkan adalah kadar inflasi bulanan pada *bulan Februari 2017* dan *bukan kadar inflasi tahun 2017*.

*PEMBOHONGAN 2*: Kadar Inflasi meningkat ketika Ekonomi Luar Kegawatan

01: Pengetahuan Rafizi mengenai ekonomi amat cetek kerana kadar inflasi boleh melonjak tidak kira semasa kegawatan ekonomi ataupun ketika ekonomi berkembang.

02: Misalnya, *semasa ekonomi gawat pada 1985 (0.3%)* dan *1986 (0.7%)*, kadar inflasi menurun kesan daripada penggunaan swasta yang menurun. Tetapi, semasa krisis ekonomi negara pada tahun 1998, kadar inflasi meningkat kerana penyusutan Ringgit yang ketara mengakibatkan harga makanan import meningkat terlalu tinggi.

03: Rafizi berbohong apabila mengatakan ekonomi Malaysia gawat pada tahun 2008. Hakikatnya pada tahun 2008 *ekonomi Malaysia berkembang pada kadar 4.8%*. Bagaimanapun *kadar inflasi meningkat pada tahun 2008* kerana harga minyak mentah dunia meningkat mendadak *sehingga USD140 setong*. Kerajaan terpaksa menaikkan harga petrol daripada RM1.92 kepada RM2.70 dan harga diesel daripada RM1.58 kepada RM2.58.

04: Keadaaan berbeza pada tahun 2009, ketika ekonomi Malaysia mengalami kegawatan dan kadar pertumbuhan menguncup sebanyak 1.5%. Bagaimanapun kadar inflasi pada tahun 2009 menurun dan pada kadar 0.6%.

*PEMBOHONGAN 3*: Gaji Pekerja di Malaysia Tidak Meningkat

01: Dakwaan ini adalah auta Rafizi yang paling nyata. Rafizi tertangkap menipu kerana purata gaji pekerja di Malaysia meningkat setiap tahun seperti dilaporkan Laporan Penyiasatan Gaji dan Upah oleh Jabatan Perangkaan Negara.

02: Indeks purata gaji pekerja di Malaysia dikira 2010 sebagai tahun asas (2010 = RM1,772). Pada tahun 2015, gaji pekerja adalah RM2,312 dengan indeks pada 130.7, bermakna purata gaji pekerja meningkat 30%.

03: Ini bermakna purata GAJI PEKERJA di Malaysia MENINGKAT 30%, iaitu LEBIH TINGGI daripada KADAR INFLASI yang meningkat pada kadar 20%.

04: Kenapa Rafizi menyembunyikan FAKTA angka purata gaji dan upah yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan, iaitu pihak yang sama yang mengeluarkan laporan Indeks Harga Pengguna? Adakah beliau hanya akan percaya laporan “negatif” tetapi tidak mahu mempercayai laporan “positif” daripada jabatan yang sama?

*PEMBOHONGAN 4*: Dakwaan Najib Anti-Subsidi dan Pro-Perniagaan

01. Sebenarnya Rafizi yang TERLALU pro-perniagaan sehingga mahu menggunakan wang subsidi untuk menguntungkan peniaga, sedangkan wang subsidi ini sepatutnya diberikan kepada rakyat. Pendekatan Rafizi ini adalah kuno dan mengakibatkan golongan peniaga menerima manfaat subsidi yang paling besar berbanding rakyat.

02. Realitinya, sejak dulu sehingga sekarang, walaupun Kerajaan memberikan subsidi, harga barang tetap meningkat dan peniaga amat sukar mengurangkan harga barang selepas menaikkannya.

03. Najib bukan anti-subsidi. Sebaliknya pendekatan kerajaan hari ini adalah untuk memberikan SUBSIDI BERSASAR kepada golongan yang paling wajar menerima subsidi, iaitu rakyat berpendapatan rendah, bukannya golongan PENIAGA. Manakala, SUBSIDI PUKAL yang lebih menguntungkan peniaga dihapuskan secara berperingkat.

Nota Kaki:
_Lebih baik Rafizi luangkan masa untuk belajar mengenai inflasi, gaji dan ekonomi terlebih dulu sebelum menuduh orang lain tidak faham ekonomi. Sebelum sekolahkan menteri, elok Rafizi sekolahkan diri sendiri dahulu_.

_Inilah orang yang disanjung tinggi dalam Pakatan Harapan. Dalam Pakatan Harapan *Makin banyak fitnah makin hebat orang itu*_. 

#KecamRafizi