Jumaat, 21 April 2017

SIAPA SEBENARNYA ZAIRIL KHIR JOHARI??




JABATAN PENDAFTARAN NEGARA PERLU DI SIASAT SEBAB MEMALSUKAN IDENTITI SEBENAR ZAIRIL KHIR JOHARI.

Zairil Tak Perlu Mengaku Melayu, Berdirilah Atas Platform Sendiri.

Seorang pembaca bernama Roselina Khir yg mendakwa dirinya anak kandung Allahyarham Tan Sri Mohd Khir Johari pernah menasihatkan Zairil Khir Johari berdiri di atas platform sendiri dan tidak perlu menggunakan populariti Allahyarham untuk meraih kepentingan politik.

"Tidak perlu menggunakan nama Pak Khir. Kami tidak pun mengenalinya, sebab ibunya Christine Lim adalah mak tiri yang sejahat ibu tiri 'Snowwhite',"katanya ketika memberi komen artikel bertajuk "Zairil Bukan Anak Khir Johari."

Allahyarham Pak Khir mempunyai tujuh anak hasil perkahwinan dengan isteri pertamanya, Puan Sri Kalsom Abdul Rahman iaitu Rosita, Amir Sharifuddin, Roselina, Juanita, Nazli, Mazita dan Haizan.

Selepas Puan Sri Kalsom meninggal dunia pada 1994, Allahyarham Pak Khir mengahwini Puan Sri Christine Lim pada Februari 1996 yang ketika itu sudah mempunyai dua orang anak iaitu Zairil dan Yusri.

Menurut Roselina, selepas bapanya mengahwini Christine, dia dan enam orang adik beradiknya yg lain tidak dibenarkan berjumpa dengan bapanya lagi.

"Pada ketika itu kami mohon UMNO bantu kami menyelesaikan masalah wanita itu, tapi tak ada bantuan. Dia telah merampas segalanya dari kami.

Pak Khir masa hidup kita tak dapat berjumpa, habis wang EPF dikeluarkan untuk membeli condominium di KL Sentral dan Seri Kembangan atas nama anak-anak Christine,"katanya.

Roselina juga tidak kisah siapa bapa kandung Zairil yg sebenarnya, dan dalam masa sama berbangga kerana bapanya telah mendidik Zairil sebagai seorang Muslim.

"Sebagai anak pak Khir, saya ingin memberi sedikit komen, tak kisah lah Zairil tu anak siapa sebenarnya,. Yg penting Pak Khir telah membelanya menjadi seorang muslim, membela dia sehingga dia teringin menjadi seorang politik. Walhal tak seorang dari kami yg lain yg ingin berpolitik.

"Biarlah roh aruah Pak Khir bersemadi dengan tenang. Tuhan ada. Janganlah politik isu ini,"katanya.

Allahyarham Pak Khir yg berusia 83 tahun menghembuskan nafas terakhir sewaktu sedang bersarapan pagi bersama isterinya, Christine Abdullah di kediaman mereka di Kondominium Suasana Central, Brickfields Kuala Lumpur pada 20 November 2006.

Allahyarham pernah menjawat beberapa jawatan penting dalam politik termasuk menjadi Setiausaha Agung UMNO. Beliau dilantik menganggotai Kabinet kerajaan pimpinan Tunku Abdul Rahman sebagai Menteri Pelajaran pertama negara pada tahun 1956.

Zairil yg mengaku Melayu itu hendaklah membuat ujian DNA untuk membuktikan beliau anak Howard Lim atau anak Mohd. Khir Johari.
Sehingga ke hari ini Zairil masih tidak mengaku bahawa beliau adalah seorang anak Cina tulen dan kemasukannya dalam DAP serta kemenangannya dalam Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) digembar-gemburkan sebagai mewakili Melayu.

Lim Guan Eng juga berusaha menipu Hadi Awang, menipu Nik Aziz, menipu semua orang Islam bahawa ada Melayu Islam dalam CEC DAP.

"Setujukah anda Zairil melakukan DNA untuk menjawab kebodohan kita yang diperbodoh-bodohkan oleh Lim Guan Eng kononnya dia anak Melayu?.

"Apakah Kewarganegaraan Howard Lim bapa sebenar Zairil? Jika bapanya Howard ahli PAP, maka segala Rahsia negara mudah disalurkan kepada negara luar? Terlalu banyak persoalan yg peru dijawab. Apa lagi bila Zairil sudah terlalu banyak mencampuri urusan hal-ehwal orang2 Melayu.

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) juga perlu tampil memberi penjelasan berkenaan status 'Zairil Khir Johari' ini.

Terlalu banyak kekeliruan daripada penggunaan nama 'Zairil Khir Johari' yg seolah2 merujuk kepada anak kandung Allahyarham Tan Sri Mohamed Khir Johari.

Khabarnya Zairil anak tiri Khir Johari. Ibu bapa dia berbangsa China asli. Bila emak dia kahwin dengan Khir Johari dia guna nama Zairil Khir Johari bin Abdullah tetapi telah ditukar kepada Zairil Khir Johari saja dalam kad pengenalan dia.

"Bagaimana ini boleh berlaku? Adakah nama dia dalam surat beranak dia pun sudah ditukar? JPN mesti beri penjelasan?

Nama dalam surat beranak mesti sama dengan nama dalam kad pengenalan.

Status Zairil

Seorang penulis bernama 'bunga' pernah kerkata nama Zairil diberikan oleh Tan Sri Khir Johari apabila beliau berkahwin dengan Rose Christine Lim (Setiausaha Tan Sri Khir) pada tahun 1996.

"Zairil dilahirkan pada 17.10.1982 di Hawaii. Bapa beliau Howard Lim. Zairil berusia 13 tahun semasa ibunya berkahwin dengan Tan Sri Khir Johari.

"Zairil pemegang Kad Pengenalan No 821017-71-5183 (kod 71 menunjukkan dia bukan dilahirkan di dalam Malaysia). Nama asal dia Christopher Ross Lim,"katanya.

Menurutnya, penjelasan lanjut tentang latar belakang Zairil boleh dibaca di tunkuaisha.blogspot.com.

Biologi Cina

Menurut blog itu Zairil bukan seorang Melayu seperti didakwa sama ada dari segi biologi ataupun jiwa.

#DiaLagiPopular