Rabu, 5 April 2017

Tan Sri Anuar keluar hospital

Alhamdulillah,doktor membenarkan saya pulang dan berehat di rumah setelah beberapa hari menerima rawatan di CCU HUSM KB dan IJN KL.Alhamdulillah Ujian ujian yg di jalankan termasuk prosedur ANGIOGRAM yg di jalankan dua hari lalu oleh doktor pakar di IJN mengesahkan kesihatan yg semakin baik.Cuma di nasehatkan berehat beberapa hari lagi
Saya mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kaseh kpd Dato Prof Pengarah HUSM serta team doktor dan staff HUSM,Pakar Jantung IJN Dato Dr Bala dan Team Dr dan staff IJN,pihak MAS,serta saudara mara,sahabat handai SERTA rakyat yg menziarahi dan yg mendoakan kesihatan saya.Saya juga pohon maaf atas larangan melawat yg dikenakan oleh hospital semasa di CCU utk memberi ruang kpd proses pemulihan saya.
INSYAALAH SAYA SEGERA KEMBALI BERTUGAS SAPERTI BIASA SEDIKIT HARI LAGI...
Salam Hormat.
TSAM
5/4/17 5.00pm