Jumaat, 12 Mei 2017

NOLTALGIA : Perak Negeri Kedua Termiskin?

Hujung tahun lalu riuh rendah pembangkang Perak iaitu Nga Kor Meng dan Nizar Jamaluddin menghentam kerajaan BN Perak kerana laporan Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) mengenai kedudukan negeri ini yang berada di tangga kedua pendapatan isi rumah paling rendah.

Justeru, Dap dan Pan telah membuat sidang media pada 7 September 2016 dan mendesak kerajaan Dr Zambry tampil untuk membuat dasar baru kerana hasil kajian KRI mendedahkan kelemahan kerajaan Dr Zambry.

Kor Ming turut mengumumkan Pakatan Harapan akan mencetak sejuta risalah yang mengandungi data KRI terhadap negeri ini untuk diedarkan kepada orang ramai bagi memburukkan kerajaan Barisan Nasional.

Dalam sidang DUN yang lepas Nga Kor Meng  dalam membahas usul titah sultan sekali lagi mengulang tuduhannya bahawa Perak kekurangan pembangunan infra struktur. 

Dap ingin menawarkan bas percuma kepada rakyat, air percuma dan wifi percuma dan bebas cukai pintu terutama di kampung baru, nelayan akan diberikan pukat percuma. Dap akan bagi kad peduli sihat seperti mana di buat di Selangor. 

Bagi Nga apa sahaja yang kerajaan Zambry buat dianggap gagal. 

Baiklah, kita tengok kembali zaman Nizar Jamaluddin. Di bawah adalah kenyataan media Nizar dahulu. 

Menteri Besar Perak, Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, kerajaan negeri percaya dapat menarik pelaburan berjumlah hampir RM16 bilion apabila pelabur asing yakin dengan kestabilan politik di negeri ini.
Katanya, pelabur asing juga didapati tidak menghadapi masalah untuk melabur di negeri ini selepas pakatan pembangkang mengambil alih pemerintahan negeri ini.
”Selepas dua minggu dilantik sebagai Menteri Besar, saya telah menerima kunjungan pelabur dari Asia Barat, Amerika Syarikat dan Eropah yang berminat untuk melabur di sini.
”Kita juga menerima lawatan rombongan 20 ahli perdagangan antarabangsa iaitu dari Eropah, Jerman, Perancis dan beberapa negara lain yang berminat untuk melabur di negeri ini,” katanya.
So, Nak tanya apakah FDI sejumlah RM 16 billion berjaya membangunkan Perak ketika itu?


Sementara itu Dato Mohammad Zahir Abdul Khalid Adun Kamunting menegaskan, jumlah pendapatan tidak boleh dijadikan ukuran sebenar terhadap kedudukan sesebuah negeri itu miskin atau sebaliknya kerana ia perlu juga dilihat dari sudut kos sara hidup di negeri berkenaan.
Katanya, walaupun negeri ini mempunyai pendapatan purata sekitar RM4,000 sebulan, tetapi kuasa membeli lebih tinggi berbanding jumlah sama jika berada di Kuala Lumpur atau Pulau Pinang.

Sementara itu Dato Abdul Rahman Dahlan menjelas seperti berikut

 DAP Perak sememangnya berdemdam dengan rakyat Perak atas kehilangan kerajaan selepas 11 bulan memerintah dengan meletakkan Nizar Jamaluddin sebagai MB Perak.

Usaha mereka untuk merampas kembali Perak pada PRU 13 yang lalu hampir-hampir berjaya dengan sokongan kuat oleh Pas. Tetapi Allah tidak mengizinkan pembohong dan penyangak menjadi diktator di Perak sebagaimana mereka memerintah 11 bulan.

Sekiranya mereka menang, Perak tak ubah seperti Selangor dan Pulau Pinang. Tanah kerajaan akan habis dijual kepada kroni-kroni mereka untuk membangunkan rumah mampu tengok. Sejak 2008 tidak ada satu pun projek perumahan untuk rakyat berpendapatan rendah dan sederhana di bangunkan di Pulau Pinang dan Selangor, Yang ada semuanya dibuat oleh Kerajaan Persekutuan di bawah Kementerian Perumahan KPKT 

DAP bangga dengan Kad Peduli Sihat dibuat di Selengor, Ini sebenarnya skim rompakan secara halus oleh kerajaan pembangkang.  Kad di bagi kepada rakyat  untuk isi rumah berpendatan bawah RM3000 atau bujang berpendapatan di bawah RM1500. Yang untung ialah 1000 klinik panel yang terpilih oleh Dap dan sudah tentulah 1000 klinik akan membuat tuntutan kepada kerajaan negeri.

Soalnya berapa ramai yang layak. Menurut laporan BR1M,  Selangor mencatatkan penerima BR1M tertinggi di Malaysia iaitu hampir 13 ribu ketua isi rumah dan secara tak langsung menunjukkan Selangor mempunyai ramai rakyat miskin.

Sesi seterusnya akan bersambung lagi...sekian..