Jumaat, 12 Mei 2017

Nurul Izzah Tahu Parti Milik Keluarga Akan Kalah Teruk, Lalu Menuduh PRU 14 Paling Kotor


Bapa borek anak rintik, Bagaimana acuan begitulah kuihnya. Begitulah bunyi dua peribahasa Melayu yang boleh disamakan kepada keluarga pemimpin parti anak beranak. 

Apa yang keluar daripada mulutnya kalau 10 dia cakap, 20 adalah pembohong, sama seperti bapanya.

Kesian dengan keluarga pak sheikh ini, anak beranak porak peranda. Bapa dia masuk penjara 2 kali kerana kesalahan meliwat dan salah guna kuasa, tetapi si anak masih berbohong kononnya ayahnya adalah tahanan politik. 

1999 Parti Keadilan ditubuhkan dan mereka tahu yang mereka tidak ada kekuatan. Apa yang perlu mereka lakukan ketika itu ialah meghuru hara akan perjalanan pilihan raya yang pertama buat parti yang ditubuhkan oleh ibunya Jijah Kipas.

Apa yang mereka buat? Mereka yang bertugas sebagai pegawai spr untuk parti mereka telah berjaya mengurang kan undi Umno dan BN dengan bertindak memindahkan pengundi secara rambang ke tempat lain yang jauhnya melebihi 100km. 

Memang kucar kacir jadinya. Ramai pengundi yang balik ke kampung halaman mereka gagal membuang undi kerana nama mereka tiada dalam daftar pemilih, padahal setiap kali PRU mereka tidak menghadapi masalah.

Ketika itu baru penggunaan internet masih baru dan kurang memberi impak kepada khalayak.  TV3 dan RTM juga turut fokus kepada masalah tersebut dalam siaran berita mereka sehari dua. 

Kisah itu sepi begitu sahaja tetapi terbongkar selepas PRU 12. Salah seorang bekas pemuda Parti Keadilan telah mendedahkan bahawa mereka telah melakukan pemindahan pengundi secara besar-besaran tanpa pengetahuan pengundi. 

Mereka yakin bahawa pengundi berada dalam zon selesa jadi apa yang Parti Keadilan buat, tidak akan wujud bantahan apabila daftar pemilih dipamerkan.

Begitu juga dengan pemindahan yang dilakukan di satu kawasan untuk memenangkan pemimpin mereka. menurut bekas ahli parti tersebut, mereka menggunakan satu alamat untuk lebih 50 nama pengundi dan ianya berjaya dilakukan kerana tiada bantahan daripada pihak BN.

Tambahnya lagi itulah yang dilakukan oleh Dap dari dahulu lagi. 

Jadi apakah kegilaan Nurul Izzah untuk menuduh kononnya PRU 14 paling kotor? 

 Pendedahan oleh orang kuat parti Jijah Kipas sudah cukup untuk membuktikan bahawa mereka lah yang paling jijik dalam berpolitik

Ayahnya yang kini berada dalam penjara Sungai Buloh sejak menyertai Umno pada tahun 1982 telah menunjukkan perangai yang jijik hingga menyebabkan Umno diharamkan pada tahun 1987. Jika ayahnya tidak masuk Umno. politik Umno akan aman damai hingga hari ini. 

Paling menghairankan Mahathir boleh bersekedudukan pula dengan malaun PKR dan DAP. 


PKR hari ini mendakwa pilihan raya umum (PRU) ke-14 yang bakal diadakan pada bila-bila masa ini merupakan PRU paling kotor,  Nurul Izzah Anwar berkata, ini kerana kegagalan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengendali kan proses bantahan kes siasatan awam melibatkan daftar pemilih.

Apa yang akan berlaku pada PRU 14 ialah PKR akan kalah teruk kerana Melayu Pas tidak lagi akan memberikan undi di kawasan Melayu. Pkr hanya mengharap undi Pan dan Dap, tetapi PKR tidak akan bertanding di kawasan majoriti Cina kerana kerusi itu hak mutlak DAP.