Tindakan beberapa jemaah solat Jumaat di Johor Bahru yang beramai-ramai membelasah pemandu Toyota Camry kerana membuat bising dengan membunyikan hon keratanya bertalu-talu, adalah suatu jenayah. Kita tidak boleh mengambil undang-undang di tangan kita sendiri, kerana kerja menghukum adalah kerja pihak berkuasa, dan bukan orang ramai.
Pun begitu, kita juga perlu melihat isu ini secara holistik. Selain tindakan memukul pemandu tersebut adalah salah, tindakan memprovokasi yang dilakukan oleh pemandu itu dengan membunyikan honnya bertalu-talu ketika solat Jumaat juga adalah satu kesalahan jenayah.
Di bawah seksyen 298 Kanun Keseksaan (Akta 574), perbuatan menghasilkan sebarang bunyi “dengan sengaja berniat hendak melukakan perasaan agama seseorang,” adalah suatu kesalahan jenayah yang boleh dihukum dengan penjara selama tempoh 1 tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali. Seksyen 296 Kanun Keseksaan pula memperuntukkan hukuman bagi kesalahan mengganggu perhimpunan yang menjalankan sembahyang, adalah penjara yang boleh mencapai tempoh satu tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Justeru, bukan sahaja para jemaah tersebut telah bertindak di luar batasan apabila bertindak membelasah pemandu tersebut; tetapi hakikatnya pemandu tersebut sebenarnya telah terlebih dahulu melakukan suatu perbuatan jenayah (jikalah benar seperti yang dilaporkan bahawa dia telah memprovokasi dengan membunyikan hon keretanya bertalu-talu ketika jemaah sedang bersolat Jumaat).
Apakala bagi para jemaah tersebut pula, sekiranya nanti ada yang ditahan dan dituduh di Mahkamah oleh pihak berkuasa kerana memukul pemandu tersebut, maka mereka boleh bergantung kepada peruntukan seksyen 334 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan pengurangan hukuman ke atas seseorang yang dituduh menyebabkan kecederaan, jika terdapat bukti wujudnya provokasi di pihak yang dipukul itu. - Peguam Aidil Khalid
Rentetan kejadian tersebut, media sosial dijadikan tempat untuk netizen untuk meluahkan rasa hati mereka.
Di sini jelas wujudnya satu tindakan yang holistik perlu diambil oleh pihak tertentu seperti Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional serta jabatan-jabatan lain termasuk Kementerian Pendidkan untuk duduk bersama mancari satu titik permulaan untuk merencanakan semula satu program untuk generasi akan datang agarnya tidak bertambak buruk.
Jelas hari ini seperti adanya bom jangka yang hanya menunggu punatnya di tekan untuk meledakkan satu bala bencana sama ada kecil atau pun besar. Perkara seperti ini perlu dibendung sebelum terjadi sesuatu yang tidak kita inginkan.
Tekanan hidup, tekanan kerja, tekanan majikan menyebabkan manusia mudah hilang pertimbangan. Manusia hari ini seperti enau dalam belukar hanya menjaga kepentingan sendiri tanpa mengambil kira perasaan orang lain.
Manusia hari ini juga gagal menguruskan kemarahan dan emosi diri. Anda mungkin terkejut jika seorang eksekutif muda yang masih bujang dan tinggal bersama ibubapa mempunyai tekanan darah melebihi 200 kerana tuntutan kerja oleh majikan yang melampau, syukur kerana selepas berjumpa pakar ia berjaya menurunkan kembali tekanan darah ke tahap normal, beliau tekad untuk berhenti kerja dan membina perniagaan sendiri.
Tidak mengejut jika pemandu Toyota Camry tersebut dibawa untuk ujian oleh mereka yang pakar mungkin beliau menghadapi tekanan, begitu juga pihak yang menyerangnya pun berkemungkinan mengalami masalah pengurusan stress.
Di Malaysia , Singapore dan negara-negara lain khalayak sentiasa disajikan dengan video klip menunjukkan kes serangan secara fizikal dan verbal terhadap pihak lain samada di dalam train MRT, bas, tempat parkir kenderan dan sebagainya.
Kadangkala orang yang kalah akan kembali dengan membawa rakan-rakan menyerang balas dengan menggunakan pelbagai peralatan sebagai senjata.
Kita juga pernah mendengar kisah perebutan tempat parkir kereta hingga menyebabkan kematian. Pemimpin politik juga kadangkala menggunakan unsur perkauman dalam menghina bangsa dan agama orang lain samada dalam ucapan ataupun dalam bentuk penulisan dalam media sosial. Jika pemimpin berani berbuat demikian maka anak buah akan lebih berani dalam penulisan mereka.
Lihat sahaja demo Bershit, ada yang berani memijak gambar pemimpin, berani menggunakan selipar untuk memukul gambar pemimpin.
Dahulu rusuhan Natrah pernah berlaku di Singapura kerana orang Islam tidak setuju dengan pihak mahkamah yang memutuskan Natrah untuk kembali kepada ibubapa asal yang beragama Kristian, pada hal Natrah sudah hidup sebagai seorang Islam dari kecil selepas diserahkan oleh ibubapanya kepada ibubapa angkat Natrah dan sudah pun berkahwin dengan pasangan yang beragama Islam.
Di Indonesia perbalahan antara agama, mazhab dan kaum boleh membawa kepada rusuhan yang besar sehingga menyebabkan kecederaan parah dan kematian.
Bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Generasi kita hari ini sememangnya bermasalah. Cari lah masalah mereka dan selesaikan. jangan dibiarkan kelak menjadi api dalam sekam. BAHAYA!.
Kementerian Pendidikan ada melaksanakan Program Intergrasi atau dikenali sebagai RIMUP ia merupakan salah satu daripada agenda perpaduan negera tetapi ianya memberi impak yang tidak seberapa kepada pelajar-pelajar sekolah samada peringkat rendah dan menengah mahupun peringkat tinggi.
Oleh itu Majlis Konsultasi Perpaduan Negara ( MKPN) hendaklah mengemblengkan tenaga untuk mencari langkah-langkah baru bagi mengembalikan keharmonian rakyat di negara ini. Akhir kata Buat lah sesuatu dengan berani dan tegas. Terlalu banyak bertolak ansur tidak akan sampai ke mana.