Isnin, 28 Ogos 2017

DIN PUDU SUDAH TERBAKAR HATI DENGAN SIKAP PKR TERUTAMA AZMIN



Mana-mana pihak didalam Pakatan Harapan (PH) yang ingin mengadakan rundingan dengan parti diluar gabungan itu perlu memaklumkannya ke Mesyuarat Majlis Presiden PH.

Peringatan itu diberikan Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub merujuk kepada 'rundingan tak rasmi' antara PKR dan PAS yang didakwa berkenaan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

"Itu adalah pandangan parti untuk mengadakan rundingan mana-mana pihak. Namun keputusan mesyuarat Presiden PH adalah mana-mana perundingan selepas tertubuhnya PH akan dibawa ke mesyuarat Majlis PH untuk dibuat keputusan. Itu persetujuan kita capai bersama," katanya yang ditemui pemberita selepas merasmikan Kongres Wanita Nasional (AWAN) Amanah, di The Mines 2, Seri Kembangan, tengah hari tadi.

Semalam Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menegaskan sebarang rundingan antara partinya dan PAS tidak melibatkan PH sama sekali.

Beliau bagaimana pun berkata, setakat ini tiada keputusan yang mengenai inisatif kerjasama tersebut dalam mewujudkan prinsip satu lawan satu pada PRU14.

Sabtu lalu, PKR, menerusi tiga pimpinan tertingginya iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Azmin dan Dr Shaharuddin Badaruddin mengadakan lawatan terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Meskipun hubungan tahaluf siyasi dengan PAS sudah terputus secara rasmi Mei lalu, baru-baru ini PKR menyatakan pendiriannya yang masih membuka pintu kerjasama dengan parti pimpinan Hadi untuk menghadapi PRU14 akan datang.

Pendirian terbaru itu turut disuarakan Wan Azizah yang dilaporkan berkata PKR tidak menolak kemungkinan parti itu akan kembali bekerjasama dengan PAS dalam mendepani PRU nanti.

Bagaimana pun, tiada perbincangan rasmi antara kedua-dua parti ketika ini.

Salahuddin ketika ditanya lebih lanjut mengenai perkembangan yang membabitkan PKR dan PAS itu, beliau memberitahu ia sekadar perjumpaan biasa.

"Kehadiran Azmin dan Wan Azizah berjumpa dengan Hadi adalah suatu kunjungan biasa. Tidak berlaku di dalam itu apa-apa perundingan atau persetujuan," ujarnya

NOTA KAKI


  1. PERSOALANNYA ADAKAH ITU SUARA PRESIDEN PARTI MAT SABU ATAU SUARA PERIBADI DIN PUDU.
  2. KALAU SUARA DIN PUDU MAKA IA BOLEH DIABAIKAN. 
  3. ADAKAH AZMIN AKAN TERGURIS HATI DENGAN PAN?